CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Bersalin Normal- Sheryl Shazwanie Dan Azzam Sham Dah Ada Nama Unik Untuk Anak

21-8-2022 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2118| Komen: 9

Belum setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Sheryl Shazwanie bersyukur dan gembira kerana dikurniakan rezeki awal oleh Allah SWT untuk hamil sekali gus bakal menimang cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.


Usia kehamilan yang kini memasuki enam bulan membuatkan pemilik nama lengkap Sheryl Shazwanie Shamsulbahri itu bertambah teruja apabila dijangka bersalin sekitar Disember depan.

Foto: IG

Berkongsi serba sedikit tentang keadaan terkininya kepada Pose, isteri penyanyi Azzam Sham itu memberitahu dia mengalami gejala kehamilan (morning sickness) yang sangat teruk ketika empat bulan pertama selepas disahkan hamil.

“Keadaan saya ketika empat bulan pertama sewaktu hamil memang teruk. Rasa mual dan muntah-muntah. Malah bau masakan pun saya tidak boleh terima.

“Tetapi alhamdulillah, selepas empat bulan, keadaan saya semakin baik. Cuma saya mengalami penambahan berat badan mendadak sehingga ditegur oleh jururawat supaya mengawalnya dengan baik,” jelasnya.



Ujar Sheryl, sebelum hamil, berat badannya cuma 41 kilogram (kg) memandangkan dia mempunyai masalah gastrik.

Bagaimanapun, beratnya naik sehingga 10kg kepada 51kg ketika usia kandungan mencecah enam bulan.



“Jururawat tegur sebab katanya setiap bulan berat badan saya tidak boleh bertambah melebihi 1.6kg. Tetapi nampaknya bulan lalu berat saya naik sehingga tiga kilogram,” kata penyanyi berusia 25 tahun itu.

Ketika ditanya tentang jantina bayi yang dikandungnya, Sheryl berkata, dia sudah pun membuat ujian imbasan dan mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan nanti, namun memilih untuk merahsiakannya buat masa ini.



“Saya dan suami sudah tahu jantina anak. Tetapi kami tidak mahu dedahkannya lagi kepada sesiapa.

“Pemilihan nama anak juga kami sudah buat, cuma belum ditentukan lagi. Apa yang pasti, nama anak kami nanti adalah gabungan antara nama saya dan juga Azzam.

Nama pertama bermula dengan huruf A dan nama kedua pangkalnya huruf S,” katanya sambil ketawa.

Bercakap tentang persiapan menyambut kelahiran si jantung hati, penyanyi lagu Perasaan itu berkata, buat masa ini dia masih belum membeli apa-apa barang keperluan untuk bayi.



Bagaimanapun, kata Sheryl, rezekinya murah apabila mendapat banyak hadiah berupa barangan bayi yang diberi oleh pihak Instagram kepadanya.

“Sejak saya umumkan tentang kehamilan ini, banyak pula saya dapat hadiah berupa barangan bayi yang diberi oleh Instagram.

“Syukur alhamdulillah dimurahkan rezeki,” katanya.



Dalam pada itu, Sheryl mengakui gementar menunggu waktu yang dinantikan untuk menyambut cahaya mata sulungnya nanti kerana tidak tahu akan bersalin secara normal atau melalui pembedahan caesarean (czer).

Sheryl sebolehnya mahu merasai pengalaman bersalin secara normal, walaupun diberitahu lebih sakit berbanding pembedahan. Akan tetapi, itulah pengalaman luar biasa yang dilalui oleh wanita hamil.

“Kalau boleh saya mahu bersalin secara normal. Kalau pembedahan czer, makan masa untuk sembuh. Apa yang penting, saya harap proses bersalin nanti akan dipermudahkan,” katanya menutup perbualan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosannazmia 21-8-2022 12:55 PM
Acik x berkenan betul lah muka pure “melayu” rambut keraih blonde sapa lah penasihat fashion retis2 ni, kan ke smlm ms rizman ruzaini nye fashion show si nazim othman pon rambut blonde ke apa type ???
Quote virgo19 21-8-2022 01:03 PM
Biasa sangat rupa dedua ni.. takde aura retis.
Quote LadyCarefree 21-8-2022 01:28 PM
Makin kepam busuk si azzam lepas kahwin dgn sheril desa nan kepam lagi sembab.
Quote rosedemon 21-8-2022 06:01 PM
euwww kapel desa nan permai ni. duliklah nama anak ko unik ke apa. euwww
Quote beta_carotene 21-8-2022 07:06 PM
wartawan sangkak mana yg kisah sgt pasal kehidupan korg ni???
Quote pinggan 21-8-2022 07:53 PM
"Nama pertama bermula dengan huruf A dan nama kedua pangkalnya huruf S,” katanya sambil ketawa."
Bagi nama anak :

Aliff Syukri?
Hehehe

Gurau je
Quote slyfynx 21-8-2022 08:10 PM
Xnk komen pasal warna rambut tu sbb nnt karang cakap aku hina ciptaan tuhan.

But wartawan ni sedih sgt tahap penulisan kenapa? Jadahnye tanya org nk bersalin cemane?

BTW

Berkongsi serba sedikit tentang keadaan terkininya kepada Pose, isteri penyanyi Azzam Sham itu memberitahu dia mengalami gejala kehamilan (morning sickness) yang sangat teruk ketika empat bulan pertama selepas disahkan hamil.


Sape Pose?
Quote chilly 21-8-2022 10:12 PM
Walaupon pada aku skala artis berdua ni di tahap sendu tapi aku suka sebab diorang nampak bahagia.  
Quote miemiecha 22-8-2022 12:50 PM
biasa dgr nama pmpn tu tapi idok sangka muka biasa2 jah..
erm, selamat bersalin, n pencen..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.041162 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top