CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Digantung Tugas, Kantoi Minta Bantuan Bomoh Cari Pembunuh

21-8-2022 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1172| Komen: 2

NEW DELHI – Seorang pegawai polis di Chhatarpur, negeri Madhya Pradesh digantung tugas apabila tindakannya meminta bantuan bomoh untuk membongkar kes bunuh seorang remaja perempuan diketahui oleh pihak atasan, lapor laman Gulf News.


Arahan penggantungan tersebut dikeluarkan selepas sebuah klip video memaparkan pegawai berkenaan meminta bantuan seorang bomoh untuk menjejaki suspek pembunuh tular di media sosial.

Foto: Gulf News

“Terdapat beberapa nama dalam senarai ini dan saya akan mengambil beberapa nama. Nama yang tiada dalam senarai anda adalah tertuduh utama,” demikian kata-kata bomoh kepada pegawai tersebut.

Pada 28 Julai lalu, seorang gadis berusia 17 tahun dibunuh dan kes mangsa dikendalikan oleh balai polis Bamitha di daerah Chhatarpur.

Selepas video meminta bantuan  bomoh itu muncul di media sosial, orang ramai mula mempersoalkan sistem penyiasatan  polis yang menyebabkan pegawai tersebut diarah gantung  tugas. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-8-2022 05:56 PM
apa salahnya salah satu ikhtiar kan tu. kihkih
Quote CiliPadiSedap 22-8-2022 08:45 AM
minta nombor 4D ke?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.054205 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top