CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Leka Tengok Telefon, Bapa Dikecam Tak Sedar Anak Makan Tahi Sendiri

21-8-2022 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1438| Komen: 4

BEIJING – Seorang lelaki di China menerima kecaman netizen apabila tidak menyedari anaknya yang berusia sembilan bulan memakan najis sendiri kerana terlalu leka dengan telefon pintar, lapor akhbar South China Morning Post.


Kejadian di wilayah Jilin itu terbongkar selepas isterinya melihat  rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah mereka.

Rakaman jelas menunjukkan lelaki itu sedang berbaring di sebelah anaknya yang menjilat najis sendiri,  namun tidak disedari kerana terlalu asyik melayan aplikasi telefon pintar.


Foto: Weibo

“Suami saya pada mulanya tidak memberitahu bahawa anak kami memakan najis  sendiri dan cuma menyatakan bahawa dia buang air besar hingga terkena pada karpet.


“Saya tidak berpuas hati dengan penjelasannya kerana dia begitu bersungguh-sungguh membasuh karpet tanpa disuruh atau merungut. Saya menonton rakaman CCTV untuk mengetahui perkara sebenar,” kata isterinya.

Sehingga kini, video yang dimuat naik di platform Weibo itu telah diulang tonton sebanyak 220 juta kali. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 21-8-2022 05:55 PM
ateee idak ke budak tu muntah rasa taikkk
Quote KamikuP 22-8-2022 09:06 AM
Hidong bapak dia tersumbat ke haper tak bau rasa taik anak?
Quote Supersirap 6-9-2022 04:55 PM
Apalah bapak dia ni, janganlah asyik mengadap HP sahaja, kasihan kepada anak itu
Quote Scheherazade 6-9-2022 04:58 PM
teruk tul bapak budak nih. x pepasal anak dia mkn najis

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.307875 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top