CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Dedah Perangai Pensyarah Gay- Ajak Tengok Wayang Dan Mandi Sama-Sama

21-8-2022 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2884| Komen: 13

Media sosial sepanjang minggu ini nampaknya hangat dengan siri pendedahan mengenai gangguan seksual yang berlaku di institusi pengajian tinggi.

Beberapa hari lalu, seorang wanita membuat pendedahan mengenai gangguan seksual melibatkan seorang pensyarah lelaki di sebuah universiti awam terkemuka di Johor.

Belum reda kisah itu, laman Twitter sekali lagi kecoh apabila seorang individu membuat pendedahan mengenai dakwaan salah laku seksual seorang lagi pensyarah lelaki, juga di negeri Johor.


Gambar Hiasan

Seorang lelaki menggunakan laman Twitter untuk mengumpul bukti daripada mangsa-mangsa lain yang pernah berhadapan gangguan daripada pensyarah itu.


Menurut lelaki itu, pensyarah berkenaan didakwa memiliki nafsu songsang dan pernah membuat gangguan seksual terhadap dia dan rakan-rakannya.

"Gay jenis harass student laki, termasuk aku dan teammate aku pun kena. Tapi aku dah alumni macam mana ni," tulis pemilik Twitter itu.

Dalam ciapan di Twitter, lelaki itu turut mengalu-alukan mangsa gangguan seksual pensyarah sama untuk tampil berkongsi pengalaman masing-masing.

"Kalau korang ada pengalaman buruk dengan lecturer tu, and you know who, sila DM (direct message) saya. Saya tengah kumpul bukti," ujarnya lagi.

Dia turut berkongsi beberapa tangkap layar mesej yang dihantar oleh mangsa pensyarah itu, mendedahkan kejadian yang pernah berlaku suatu masa lalu.

Salah seorang mangsa yang menghubungi pemilik Twitter itu mendakwa pensyarah tersebut pernah mengajak dia dan rakan-rakan untuk keluar menonton wayang.

"Sampai sekarang eh still jadi predator, jenis semua orang dia nak try jadikan anak ikan dia. Aku pernah belajar dengan dia dulu, ajak aku dengan member-member lain tengok wayang temankan dia.

"Kami reject, dia koyak (marah) terus cepatkan deadline assignment. Member aku student final year project (fyp) dia. Boleh pula dia ajak pergi rumah temankan dia mandi. Dah tu nak try ajak mandi sekali," dakwa seorang pengadu menerusi DM.

Tambah individu itu lagi, pensyarah berkenaan didakwa sengaja membuka pintu bilik mandi di sebuah homestay ketika rakannya sedang mandi.

"Member aku pernah mandi kat homestay, mereka stay time pertandingan tu. Then dia acah-acah terbuka pintu time member aku mandi. Lepas tu bukan dia nak terus tutup.

"Dia acah blushing, lepas tu cakap eh sorry sir tak perasan ada orang. Memang 'angin' member aku lepas tu dia siap senyum-senyum lagi," dakwa pengadu berkenaan.

Rata-rata netizen turut mengutuk keras dakwaan salah laku seksual itu dan berharap pelaku akan dikenakan tindakan tegas. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 21-8-2022 01:22 PM
laysn je pastu tobat
Quote Rockafella 21-8-2022 01:48 PM

bongok la komen. Hahahahahaha!
Quote mojarean_X 21-8-2022 01:55 PM
predator2 begini mmg sengaja pilih profesion pendidikan supaya mereka mudah mendapat mangsa ke?
Quote _blackbird 21-8-2022 02:07 PM
soalan penting; top ke bottom?
Quote Adrif 21-8-2022 02:41 PM
I lagi risau dengan budak yang pernah jadi mangsa dia..

lelaki jadi mangsa, akan lebih rela diamkan diri sehingga bawa ke kubur. maka pemangsa akan lebih berani dan tak serik.

zaman la ni. persetankan reputasi, nama baik, whatsoever. kalau dah jadi mangsa, report. mengadu. sebarkan. you tu mangsa. ni zaman viral. selagi tak viral, selagi tu pihak atasan tak buat tindakan. cepat2 tangkap predators ni semua
Quote Racurve 21-8-2022 03:04 PM
_blackbird replied at 21-8-2022 06:07 AM
soalan penting; top ke bottom?

soalan lagi penting: helok ke tak? mesti tak helok kan kalo helok dah lama menadah
Quote green~tea 21-8-2022 03:44 PM
Hensem tak... kalo hensem body ketak, kontol mantul... layan je la tengok movie buat bongak posting FB... hangout with mr lect.. gittuu..

Tp kalo hodoh, ko whistle blow je kat management... sekian
Quote rosedemon 21-8-2022 05:54 PM
kawan aku ramai gay jadi pensyarah. so far xdela plak dengar ada student mengadu kena kacau
Quote ninja boy 21-8-2022 06:54 PM
Lelaki sudah x selamat
Quote sranua 22-8-2022 03:36 PM
Yg mana muka jambu ala kpop tu berhati-hatilah..bkn pempuan ja syok kt hampa..org laki pun ada yg syok..naya pak karim...ha3.
Quote plywood 22-8-2022 03:51 PM
Kenapa aku rasa pensyarah ni ada obession yang melampau dan bodoh ... dia nak cari pasangan, tapi cari dikalangan straight. Dia ingat boleh ker straight tukar jadi gay macam dia sekelip mata, tu belum cakap pasal identiti dia akan terdedah sebab nak juga buat hubungan dengan orang straight..

... tapi yang paling teruk ialah pensyarah ini psycho kerana dalam artikel itu ada sebut "dan pernah membuat gangguan seksual terhadap dia dan rakan-rakannya."

... itu memang boleh juga buat tergelak besar bila membacanya... tak boleh bayang perangai pensyarah ini, bukan normal dikalangan straight, tetapi juga bukan sesuatu yang biasa di kalangan gay sendiri.. asal dia nampak lelaki yang membuat dia teruja dia nak jadikan mangsa iaitu dan mungkin terdedah kepada perlanggaran undang-undang..
Quote card_reader 22-8-2022 04:02 PM
jangan kata ipta ipts je lecture mcm nie, dlm gomen pon ada dah golongan bos2 mcm nie....siap ngorat buat anak ikan lagi

Quote syaz_lina 22-8-2022 04:07 PM
kenapa ramai sgt gayah ni...terlebih makan ayam hormon ke apo

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.187089 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top