CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Suamiku Anak Bekas Suamiku" Wanita Kahwini Anak Tiri, Kini Mengandung Anak Kedua

20-8-2022 01:35 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4518| Komen: 20




Moscow: Kes perkahwinan dengan ahli keluarga sendiri walaupun anak tiri sangat janggal didengari namun itulah yang berlaku kepada sepasang suami isteri di Rusia.

Seorang wanita Rusia mendedahkan sedang mengandung anak kedua hasil perkongsian hidup dengan anak tirinya, lapor Kosmo.

Suaminya sekarang adalah anak kepada bekas suaminya.

Hasil hubungan Marina Balmasheva, 37, dengan anak tirinya Vladimir 'Vova' Shavyrin, 23, mereka sudah pun memiliki anak perempuan kini berusia 20 bulan bernama Olga.

India Times melaporkan, Marina sebelum ini berkahwin dengan bapa Vladimir, Alexey Shavyrin, 47, sebelum pasangan itu bercerai.




Marina, seorang pempengaruh (influencer) penurunan berat badan, menyiarkan klip reaksi Vladimir untuk menjadi bapa kali kedua.

"Kami menerima dengan hati terbuka. Kehamilan kedua adalah tidak dijangka. Tetapi Vladimir gembira menjadi seorang bapa sekali lagi," tulis Marina yang mempunyai 620,000 pengikut selepas mengumumkan kehamilannya.

Vladimir berkata, perkara mengenai kehamilan itu diketahui di tambak Sukhumi iaitu kawasan pantai peranginan di Laut Hitam.

"Saya letih, gembira, dan sedikit bimbang," kata Vladimir.

Alexey, bekas suami Marina, tidak berpuas hati dengan hubungan itu.

"Dia (Marina) memikat anak saya. Vladimir tidak pernah mempunyai teman wanita sebelum Marina.

"Mereka tidak segan untuk melakukan hubungan seks semasa saya berada di rumah. Saya akan memaafkan kecurangannya jika ia bukan anak saya," katanya kepada pemberita selepas Marina mengumumkan berita itu.

Mengikut ajaran Islam, berkahwin dengan anak tiri dibenarkan jika dalam perkahwinan terdahulu, pasangan tersebut belum pernah berjimak sebelum berlaku penceraian. Jika sudah bersetubuh sebelum cerai, maka hukumnya haram mengahwini anak tiri pasangan. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 20-8-2022 01:37 PM
Cerita lama dah. Ntah hidup lagi ka idok mereka ni.
Quote Orenn1 20-8-2022 01:43 PM
Yg anak pun takde dah ke pompuan lain ko nak ambil bekas isteri bapak ko sendiri. Yg pompuan pun dgn anak tiri sendiri yg ko kenal dari kecik pun ko blh jugakk, kesian kat bekas tok laki kena betrayyy dgn bekas bini n anak lelaki sendiri
Quote Mopiko 20-8-2022 01:48 PM
tergamak ya ko celup bekas apak ko...dah habis perempuan ke kat rusia
Quote slyfynx 20-8-2022 01:54 PM
Ni cite lama dah
berita 2020
Nape skrg kene up balik?
Sbb die pregnant?
Quote slyfynx 20-8-2022 01:54 PM
*Double post*
Quote wnwa05 20-8-2022 01:59 PM
step mom fetish is real  

harap orang kita tak ada mental macam ni.. memang tak boleh kahwin tapi takut diam2 sumbang mahram.. gaya hidup orang kita sekarang ni pun terlalu open
Quote wnwa05 20-8-2022 02:01 PM
dua_chzy replied at 20-8-2022 01:37 PM
Cerita lama dah. Ntah hidup lagi ka idok mereka ni.



baru ni. 4 hari lepas..hidup lagi lah maknanya

https://www.dailymail.co.uk/femail/article-11112203/Woman-married-stepson-expecting-second-child.html
Quote dua_chzy 20-8-2022 02:03 PM
wnwa05 replied at 20-8-2022 06:01 AM
baru ni. 4 hari lepas..hidup lagi lah maknanya

https://www.dailymail.co.uk/femail/article-11112 ...

Apsal macam dah baca tahun lalu?
Quote dua_chzy 20-8-2022 02:04 PM
wnwa05 replied at 20-8-2022 06:01 AM
baru ni. 4 hari lepas..hidup lagi lah maknanya

https://www.dailymail.co.uk/femail/article-11112 ...


Betul la cerita tahun 2020.

Sapa la viralkan balik pasangan berdosa ni.

https://www.jacklester33.com/202 ... tiriku-itu.html?m=1
Quote wnwa05 20-8-2022 02:35 PM
dua_chzy replied at 20-8-2022 02:03 PM
Apsal macam dah baca tahun lalu?



oh mungkin sebab dia pregnant anak second kot..update lah tu ala2 cerita retis mengandung lagi..
Quote sharlenetexas 20-8-2022 02:47 PM
Deyols daftar kawin macamana?


Quote dua_chzy 20-8-2022 03:31 PM
wnwa05 replied at 20-8-2022 06:35 AM
oh mungkin sebab dia pregnant anak second kot..update lah tu ala2 cerita retis mengandung lagi.. ...

Eh choiiii patut la dah 2 anak ropanya. Mungkin mahu menyambut seruan 10 anak si Puting.
Quote Suchi 20-8-2022 03:39 PM
Mak dia dulu tak penah berjimak ngn ayah dia
Quote Nnoor2 20-8-2022 03:53 PM
Pitam aku baca cerita2 mcm ni
Quote orangbiasaje 20-8-2022 10:49 PM
Ada gambar dia 22, anak tiri 7 tahun. Bukan child grooming ya ni?
Quote ReginaGeorge 20-8-2022 11:04 PM
Dia nak somi dari baka yang sama.
Quote wnwa05 21-8-2022 10:39 AM
Quote wnwa05 21-8-2022 10:41 AM
dua_chzy replied at 20-8-2022 03:31 PM
Eh choiiii patut la dah 2 anak ropanya. Mungkin mahu menyambut seruan 10 anak si Puting.

Mesti dia makan mamariam
Quote videcloset 23-8-2022 01:09 PM
scary and geli

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.130495 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top