CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dj Lin Terharu Ustaz Dan Imam Masjid Pun Suka Dengar Celotehnya

20-8-2022 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1502| Komen: 9

Penyampai radio popular Suria FM, DJ Lin terharu apabila diminati semua golongan peminat termasuk yang berstatus ustaz dan imam.

Lin berkata, semasa menjamu selera di restoran di Alor Setar, Kedah sempena Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell edisi utara minggu lalu, dia ditegur seorang lelaki.

Foto: IG

"Individu lengkap berjubah putih dan berkopiah ini menegur saya dan memberitahu dirinya pendengar stesen Suria FM dan Suria Cinta khasnya.

"Saya teruja campur terharu dengan apa yang berlaku. Bagi saya, mewakili Suria FM ini adalah satu penghargaan buat kami kerana mendapat sokongan semua lapisan masyarakat sebagai pendengar setia kami," katanya.




Lin yang juga Pengurus Besar Suria FM berkata, dia mulanya bagaikan tidak percaya sebaik dimaklumkan perkara itu.

"Sokongan seperti ini membuatkan keluarga Suria FM terus bersemangat untuk memberikan yang terbaik. Kami akan terus berusaha memastikan maklumat dan lagu yang disajikan kepada pendengar memberikan manfaat," katanya. 



Difahamkan, lelaki berusia usia 50-an itu adalah imam di kawasan berkenaan yang makan di situ bersama beberapa rakannya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 20-8-2022 11:17 AM
best sgt ker uolllssss???
Quote nakkomenjugak 20-8-2022 01:54 PM
suka2 ada makna tuuuuu...
Quote wirazam 21-8-2022 07:16 AM
Pernah dengar tapi mcm meleweh2 je...
Quote wirazam 21-8-2022 07:16 AM
nakkomenjugak replied at 20-8-2022 01:54 PM
suka2 ada makna tuuuuu...

Kannnnnnn..Ada undang sebalik mee...jarang ustaz nak minat Dan dengar coleteh cinta cinta nih kat radio
Quote babynina30 21-8-2022 08:03 AM
Walau dj lain haukest gelak tak tentu arah.
Tp dgn sheols neh i totap tak bleh masok di jiwa.
Mcm monotone sajo.
Boring je i mendengarinya [em:3:]
Quote stingerbumpy 21-8-2022 08:04 AM
Ada harapan besar jadi bini bernombor
Quote TomyamPuteh 21-8-2022 08:09 AM
Dh tua tapi buat suara manja2 romantik. Nk muntah haku. Baik dgr suara Tok Vida nyanyi . Dh tentu aku gelak smpai keluar air mata.
Quote buragazz 22-8-2022 11:25 AM
Dia bawak pembawakkan DJ2 Radio Singapore.. aku ok je ngan Dj Lin ni tapi character dia dalam radio compare diluar bila bagi statement berbeza nampak sisi hansuang sikit di situ..macam dia bagi komen pasal Fizi Ali tu.. tapi tak taulah mungkin aku je yang rasa lain..
Quote AnnaSendin 22-8-2022 02:42 PM
Amboi setat. Layan derita batin kah sesambil dengar sore gersang sheols tetengah malam?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.109944 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top