Beby Acha, 31, tidak ralat namanya sering dibayangi dan dikenali kerana dia adalah adik kepada Allahyarham Achik Spin dan kakak kepada Tajul Ariff.
Memiliki latar belakang yang boleh meledakkan popularitinya sekelip mata, pemilik nama penuh Nur Aishah Md Shari ini menegaskan dia ingin berdiri atas bakatnya sendiri. Katanya, seboleh-bolehnya dia mahu lari jauh dari bayangan populariti abang dan adiknya serta berjuang untuk bertapak dengan usaha sendiri. "Kalau masih ada yang melihat saya sebahagian daripada adik-beradik saya, tiada apa yang dapat dilakukan kerana mereka memang darah daging saya.
"Nak lari jauh mana pun, mereka adalah adik-beradik saya. Cuma saya harap dikenali kerana naskhah dan karya saya sendiri. Saya tidak mahu menggunakan jalan mudah untuk menempa nama dalam industri muzik," katanya.
|
krimkraker replied at 20-8-2022 04:42 PM
Sorry....jenis adek bradek jadi retis nie...meolss approve adek bradek ngasri dgn zain jea...
ADVERTISEMENT