CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja OKU Dirogol Dua Kawan Bapa Ketika Datang Menumpang Rumah Di Bukit Jalil

20-8-2022 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4334| Komen: 38

Kuala Lumpur: Luluh hati seorang bapa apabila anak perempuannya berusia 13 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam menjadi mangsa rogol dua rakan lelaki itu.


Lelaki berusia 54 tahun itu hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya berusia 13 tahun itu selepas mangsa mengadu sakit perut dan pinggang ketika mereka berada di kampung, baru-baru ini.

Menurut sumber, lelaki itu kemudian membawa anaknya bertemu bidan kampung sebelum diberitahu kemungkinan anaknya itu pernah melakukan hubungan seks.


Gambar Hiasan

"Terkejut dengan perkara itu, dia bertanya kepada mangsa sebelum anaknya menceritakan pernah menjadi mangsa rogol dua rakan lelaki bapanya ketika suspek menumpang rumah mereka di Bukit Jalil.


"Mangsa juga memberitahu dia dirogol beberapa kali oleh suspek ketika bapanya tiada di rumah," katanya.

Sehubungan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada Selasa lalu untuk tindakan selanjutnya.

Sumber berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan setakat ini suspek masih belum ditahan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 20-8-2022 10:49 AM
jahatnye manusia, babi lagi mulia la
Quote Firenzza 20-8-2022 10:53 AM
Moeal of the story klau ada sedara jantan dtg dr kg nk tumpang tdo sehari dua sbb nk interbiu pun jgn percaya klau kt umah tu ada bini ko & ank dara
Quote Zazama 20-8-2022 11:21 AM
Carik and tanya face to face! Tak layak di panggil kawan dah!
Quote Decaffeinated 20-8-2022 11:22 AM
lelaki itu kemudian membawa anaknya bertemu bidan kampung

motif bawa jumpa bidan?
Quote alieyrina 20-8-2022 11:27 AM
Kenapa lah p pecaya kt jantan lain jaga anak
Quote hotmak 20-8-2022 11:29 AM
sesuatunya bawa ke bidan, ke bapak dia dah syak kot pregnant, kot lah nak cuci ke apa tak? awat tak bawak ke doktor, pastu bidan pun boleh lah speku pernah berhubungan sebab sakit pinggang, sesuatunyaaaa
Quote cmf_almondpecan 20-8-2022 11:30 AM
Decaffeinated replied at 20-8-2022 11:22 AM
motif bawa jumpa bidan?

Untuk khidmat berurut kot. Anak dia sakit pinggang dan perut kan.
Quote newyork 20-8-2022 11:31 AM
Ada lg org bawak pi bidan..ke dah tau preggy nih. Kesiannya
Quote Suchi 20-8-2022 11:41 AM
Bapak pun takyah nak luluh sgt hati laaa
Yg ko tu kenapa berkawan dgn setan?
Pastu bawak balik plak setan kat umah?
Bapak jenis apa suka tumpangkan org asing dlm umah.
Pastu pi bawak jumpa bidan plak, bawak jumpa doktor laaa
Quote Suchi 20-8-2022 11:42 AM
newyork replied at 20-8-2022 11:31 AM
Ada lg org bawak pi bidan..ke dah tau preggy nih. Kesiannya

Ntah dah 2022 ni bidan pun dh patut masuk dalam arkib/muzeum.
Quote 3chanceno 20-8-2022 11:49 AM
Kesian nya budak nie  dah tak de mak ke yang bapak haga dia?  
Quote jalfa 20-8-2022 11:52 AM
Bapak baghal..ada ke bapak bodoh camni..boleh lak tumpangkan jantan dlm rumah
Quote marla69 20-8-2022 11:56 AM
Suchi replied at 20-8-2022 11:42 AM
Ntah dah 2022 ni bidan pun dh patut masuk dalam arkib/muzeum.

Walau dah masuk 2022 ai kalau sakit perut, deman, sakit pinggang tetap cari bidan aka tukang urut kampung. Pergi spa cuma nak manja kan diri tapi kalau bidan..nak nak yg dah otai..fuh ..segala urat dia service. Mantap giler ..walaupun bermandi minyak kelapa dara..ai is seronok.
Quote syamzana 20-8-2022 11:57 AM
kesiannya anak...kwn ayah tu mesti umur lbh krg, apa la ko tgk kat bdk 13thn lembam plak tu. bkn nak simpati malah buat peel celaka plak tu. geramnya jantan2 hanattt skrg ni, otak mmg kat kote blake.setannnnnnn
Quote Adrif 20-8-2022 12:18 PM
bapaknya bodoh sebodoh-bodoh alam

anak anak dara kat rumah, jangan la baik hati sangat bagi kawan tumpang tido kat rumah bongoookkk

lepas tu macam mana boleh kena rogol berkali-kali

ko tinggal anak dara ko dengan setan 2 ekor tu kat rumah je ke bongookkkk

tu anak perempuan kau bongookkkk. sakitnya hati aku dengan orang yang biarkan anak jenis macam ni. sejenis terlalu percayakan sangat manusia lain

ni dah berkali-kali-kali kena rogol bongok, bodoh punya bapak
ko nak menangis pun tak guna, kesian budak tu. eiiii geram lak aku
perogol 2 ekor tu elok kena pukul sampai separuh mati, biar patah riuk minum guna straw.
lepas tu lempang bapak tu pulak, bodoh biol tinggalkan anak perempuan dengan lelaki lain sampai berkali-kali kena rogol.

aaaaaaaaaa panasnya hati aku
Quote cruz2 20-8-2022 01:03 PM
Jgn kes 'jual' anak sudah..nauzubillahiminzalik.true story pernah berlaku dekat negara ni
Quote takayama 20-8-2022 01:13 PM
hrp ada keadilan utk anak ini
Kesian kt anak ni, x memsl bdk yg xtaw apa2 diperkenalkan dgn sex oleh 2 mangkuk durjana
entah apa yg di gula2kan sbb si anak xde ngadu apa2 pd bapanya
Dan si bapa brp lama ko tumpangkan 2 ekor mangkuk kt rumah tu
Dan soklan sekrg ko kt mana ms anak tu kena gulai dek 2 malaun syaitan ni
Quote jazaa100 20-8-2022 01:25 PM
hotmak replied at 20-8-2022 11:29 AM
sesuatunya bawa ke bidan, ke bapak dia dah syak kot pregnant, kot lah nak cuci ke apa tak? awat tak  ...

Pekatnya negatif kau.....

Dorang balik kg....ank ngadu sakit pinggang....tu yg dia hantar utk berurut.....
Quote Decaffeinated 20-8-2022 01:26 PM
cmf_almondpecan replied at 20-8-2022 11:30 AM
Untuk khidmat berurut kot. Anak dia sakit pinggang dan perut kan.

anak 13 tahun sakit perut ko bawa jumpa bidan? seriously?

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.183134 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top