CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sean Lee Teringin Bergandingan Dengan Henry Golding, Impi Berlakon Di Hollywood

20-8-2022 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1492| Komen: 7

Pelakon dan pengacara Sean Lee meluahkan hasrat untuk bergandingan dengan bintang filem Crazy Rich Asians iaitu Henry Golding sekiranya diberi peluang berbuat demikian.


Sean atau Lee Jia Ern, 28, berkata, dia ingin menjadi seperti aktor kelahiran Malaysia itu dan menjadikan kejayaannya mencipta nama di Hollywood sebagai inspirasi.

Foto: IG

"Sudah tentu saya menyimpan hasrat untuk mengembangkan karier di luar negara dan kalau ada rezeki mahu bergandingan dengan Henry Golding.

"Kalau tak pun, dapat berbual dan mendengar pengalaman dan rahsia kejayaannya pun sudah memadai.


"Saya ingin tahu rahsianya melebarkan sayap di Hollywood, mana tahu saya boleh jadikan inspirasi untuk mengikut jejaknya," katanya kepada mStar.



Bakat besar dimiliki Sean sebelum ini turut mendapat perhatian apabila dia terpilih sebagai pelakon alih suara filem animasi, DC League of Super-Pets terbitan Warner Bros.

Membawakan watak sebagai Waffles, Sean melihat penglibatannya itu sebagai langkah awal buatnya melebarkan sayap ke pentas antarabangsa.



"Saya tidak menyangka akan diberi kesempatan bekerja dalam sebuah filem terbitan Hollywood. Pada saya itu adalah langkah awal untuk mencuba perkara baru dalam karier seni saya.

"Tentu sahaja saya meletakkan harapan agar berpeluang untuk berlakon dalam filem antaranbangsa dan bukan hanya alih suara," katanya.



Sementara itu, Sean bakal muncul dengan drama terbaharu berjudul Cinta Untuk Dara yang akan bersiaran di TV3 bermula 24 Ogos ini.

Melakonkan watak sebagai Jason, naskhah terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd itu turut dibintangi oleh Riena Diana, Syafiq Kyle, Datuk Shah Rezza, Rozita Che Wan dan Afifah Nasir. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 20-8-2022 10:11 AM
You cari agent la. Start pelan2. Ko tengok Ronny Chieng ni pon mendonia di US.

[youtube]88Aq8xkZp-Y[/youtube]

Orang JB ni.

Quote Suchi 20-8-2022 05:54 PM
Henry tu sbb ada muka nusantara, kat hollywood tu dah terlalu byk muka oriental.
Tp sean lee ni taklah terlalu cina sangat muka dia.
Quote Perawankota 20-8-2022 10:14 PM
Boleh. Cari agent yg bagus. Ko pon kena sanggup lah klu dorg suh buat Apa2 pon..
Quote dudaberhias 20-8-2022 10:21 PM
ala rupa dah ada tapi tak cukup tinggi...
kalau jadi pelakon pembantu gayah boleh ler kot... sebab setiap shows/series hollywood sekarang ni semua gigih nak ada satu dua watak lgbt...
tapi awas hollywood mungkin gandingkan kau dengan nigger macam bam henry golding...

bersedia untuk berkerusi roda yach agittew kaka nak nasihat
Quote kakigojes 20-8-2022 10:47 PM
Edited by kakigojes at 20-8-2022 10:49 PM

Ok la.. good luck jangan dapat tawaran pastu tolak pulak
Quote GegarVaganja 20-8-2022 10:52 PM
dudaberhias replied at 20-8-2022 10:21 PM
ala rupa dah ada tapi tak cukup tinggi...
kalau jadi pelakon pembantu gayah boleh ler kot... sebab s ...

Kaka Dude, SL dah bagi hint tu.
Kalau watak lgbtq+ tu, dia nak kapel dengan HG la.
Done fitnah Sean.


Quote dudaberhias 20-8-2022 11:04 PM
GegarVaganja replied at 20-8-2022 10:52 PM
Kaka Dude, SL dah bagi hint tu.
Kalau watak lgbtq+ tu, dia nak kapel dengan HG la.
Done fitnah Sea ...

ooo kalau gittew sesuai la theyols bintangi Call me by your name 2...
Sean lee jadi watak utama yang ada scene buah peach tu...
tapi sebab asian kan kita tukar peach tu ke rambutan atau manggis agitteww...
Henry plak watak lelaki yang dewasa tu...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.309947 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top