CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Isteri Pada Malam Pertama- Patahkan Kaki, Sumbat Mayat Dalam Beg Dan Buang Dalam Semak

20-8-2022 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2114| Komen: 12

Tragis! Seorang suami sanggup mengheret mayat isterinya yang diletakkan di dalam beg pakaian selepas membunuhnya pada malam perkahwinan mereka.

Thomas Nutt, 46, dikatakan menumbuk dan mencekik Dawn Walker sebelum memasukkan mayatnya ke dalam bagasi dan membuangnya di kawasan semak.

Foto: The Sun

Menerusi perbicaraan, Mahkamah Bradford Crown mendengar bagaimana lelaki terbabit membunuh pengantin perempuannya pada malam perkahwinan mereka, beberapa jam selepas mengikat tali pertunangan pada 27 Oktober tahun lalu.

Dia pada mulanya menyembunyikan mayat isterinya di dalam almari di rumah mereka, sebelum mematahkan kaki bagi memuatkan isterinya ke dalam bagasi yang kemudian disembunyikannya di dalam semak.


Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikeluarkan Polis West Yorkshire, Nutt kelihatan mengheret Dawn keluar dari rumah mereka.

Dia kemudiannya dilihat kembali ke taman untuk menutup trek roda bagasi di dalam lumpur.

Satu lagi klip rakaman menunjukkan Dawn masih dalam gaun pengantinnya dan dikatakan pulang dari pub bersama Nutt di mana mereka telah meraikan perkahwinan.

Ia adalah kali terakhir Dawn dilihat hidup di rumah mereka di Shirley Grove, Lightcliffe, berhampiran Halifax di West Yorkshire. -CARI

Sumber: mStar/ The Sun

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 20-8-2022 09:41 AM
Fuhhh tragis Gile. Mesti tak sangka malam pertama yang patut bahagia tapi terus terseksa dan mati dengan kejam.
Quote intan244 20-8-2022 10:20 AM
mental ke tu, seramm
Quote nononcrux 20-8-2022 10:53 AM
muka dah la hauk...kejam btl kau
Quote ulamalu 20-8-2022 10:54 AM
Motipp???  Apa guna kawin kalau mcm tu?  Nak kaut insurans bini ke?
Quote Decaffeinated 20-8-2022 11:33 AM
artikel gohead gostan

lepas beberapa jam bertunang terus kahwin dan kena bunuh? tak taulah yang jantan ka yang betina yang lebih gila

Quote wnwa05 20-8-2022 11:54 AM
Apa modus operandi dia..dendam? Bini period malam pertama?
Quote liyamariska 20-8-2022 11:55 AM
Edited by liyamariska at 20-8-2022 11:58 AM

Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental....
Quote eyansss 20-8-2022 09:51 PM
Decaffeinated: artikel gohead gostanlepas beberapa jam bertunang terus kahwin dan kena bunuh? tak taulah yang jantan ka yang betina yang lebih gila


diorang tunang october 2022…  dia bunuh beberapa jam lepas kawen…  wartawan dok pulun dua fakta dalam satu nafas tu yang buat ada yang confuse tu…
Quote any42 20-8-2022 09:56 PM
gila mental. Mmg niat nk mmbunuh ke jnis pnas baran ni. saiko nyeh
Quote karipap_sadin 20-8-2022 09:58 PM
Agak nya mmg dah lama dendam. Who knows dulu asyik kena reject dgn wife dia. So payback time lah bila acik tu dah setuju kawin
Quote matchstick 20-8-2022 11:22 PM
dh la muka buruk, mental pula tu. kalo tgk movie or drama omputeh mmg stok2 muka gini la yg penuhkan penjara diorg
Quote ReginaGeorge 21-8-2022 12:03 AM
Pompuan ni dah jadi nenek dah. Pompuan tu 6 tahun lebih tua dr laki. Bila family tanya keberadaan bini, laki kata bini tu mental    siap hantar message palsu lagi kat family sheol,kekonon message tu sheol yg send.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.189605 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top