CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Kakitangan Imigresen Jerit, Hentak Meja, Maki Hamun Orang Awam

19-8-2022 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8267| Komen: 104

SHAH ALAM – Berang tidak mendapat layanan sewajarnya ketika membuat pasport mencetuskan pertengkaran antara seorang lelaki dan kakitangan Imigresen di kaunter Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC) , Seksyen 14 di sini, baru-baru ini.


Kejadian kira-kira pukul 8.30 malam pada 10 Ogos lalu kemudiannya tular menerusi video berdurasi 26 saat di aplikasi TikTok dengan lelaki itu dihalau kakitangan Imigresen.

Lelaki berusia 50 tahun itu turut membuat laporan polis susulan insiden tersebut di Balai Polis Sri Muda dengan laporan itu kemudian juga tular di media sosial.




Berdasarkan laporan polis tersebut, lelaki yang bekerja sendiri itu telah hadir ke kaunter Imigresen di Kuala Selangor kira-kira pukul 3 petang bersama anak-anaknya.


Namun dimaklumkan sistem tidak berfungsi dan kemudiannya lelaki itu telah pergi ke kaunter Imigresen di UTC, Seksyen 14 kira-kira pukul 4.30 petang hari sama.

“Bagaimanapun, lelaki itu sekali lagi dimaklumkan sistem angka giliran telah habis dengan hanya 200 nombor sahaja dikeluarkan sehari di kaunter Imigresen UTC tersebut.

“Lelaki itu meminta anggota bertugas supaya meletakan Notis Pemberitahuan secara rasmi tetapi tiada apa-apa tindakan,” katanya.

Tambah laporan itu, pegawai yang bertugas telah memberikan nombor giliran iaitu 1201 dan 1202 kepada anak-anak lelaki tersebut kira-kira pukul 6.30 petang.

Apabila nombor giliran salah seorang anaknya telah selesai dan tiba giliran satu lagi nombor dipanggil didapati pegawai terlibat di kaunter kemudian memaklumkan sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak berfungsi dan akan dipanggil semula pukul 8 malam.

“Selepas setengah jam berlalu didapati nombor giliran anak lelaki itu tidak dipanggil walaupun nombor terkini pada waktu tersebut telah menjadi 1211.

“Disebabkan itu, lelaki itu seterusnya telah ke kaunter untuk berjumpa dengan salah seorang penyelia lelaki di Jabatan Imigresen bagi mendapatkan penjelasan. Namun, dipertikaikan kenapa tidak pergi kaunter,” ujarnya.

Mengulas lanjut, lelaki itu yang tidak berpuas hati kerana seakan dipermainkan telah hilang kawalan lalu menendang tiang besi.

“Secara tiba-tiba seorang pegawai wanita Imigresen yang berada di belakang sebuah kaunter terus menjerit, menghentak meja, memaki hamun dan memberikan amaran tidak membenarkan lelaki itu dan keluarganya berurusan di Imigresen UTC pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dalam kenyatannya mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan mendapati tiada berlakunya unsur jenayah.

“Pengadu membuat laporan adalah lebih kepada tidak berpuas hati terhadap layanan diberikan dan kes dirujuk kepada Jabatan Imigresen Selangor utk siasatan dalaman pihak mereka,” jelasnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 19-8-2022 11:12 PM
Mau tak hangin dari 3ptg membawak kee 8mlm
Quote mojarean_X 19-8-2022 11:15 PM
Mana bideonya?
Quote airfilterkotor 19-8-2022 11:20 PM
Tak pulak dia cerita sementara menunggu 8 malam tu dia keluar buat sementara atau duduk dalam premis.
Boleh jadi dia anak-banak kuar sekejap, bila datang balik, nombor dah jalan jauh.
Quote sharlenetexas 19-8-2022 11:22 PM
Smackdown ke?


Quote CiliPadiSedap 19-8-2022 11:25 PM
teruk gila servis. memang patut kena tata tertib
Quote syamzana 19-8-2022 11:29 PM
mana bideo nak tgk acik immi maki?
abg tu tendang tiang besi smbil carut2 ke yg acik immi tu berangin semacam?
Quote matchstick 19-8-2022 11:33 PM
Kalau Aku pun hilang kesabaran. dari petang membawak ke malam. Sistem asek tak berfungsi jek
Quote mxsssgi81 19-8-2022 11:34 PM
Begitulah hendaknya.. ada Dr 7.30 pg dh beratur tgu..kol 1 lbh baru dpt nombor.. sepuluh sepuluh dia bg nombor untuk walk in ..selesai dpt passport 6.30ptg..di UTC
Quote rikiruj 19-8-2022 11:38 PM
Tu yang pelik tu.. dah buat online, tinggal nak collect je tapi nak collect tunggu nak ambik nombor je berejam, dah dapat nombor berejam jugak nak collect. Macamana punya workflow diorang buat ni. Tak boleh ke buat counter collect tu banyak skit? Itu pun takkan tak terpikir??
Quote hashashes 19-8-2022 11:59 PM
Sakai betul counter gomen. Aku bawa anak buat passport hari tu pun muka nak langsi je. Tau la muka aku cantik macam pan Asian kau ingat aku takde ic biru ke hahhh?
Quote hashashes 20-8-2022 12:01 AM
Tapi bila aku g counter jpj, baik  pula layanan
Quote Highflyer19 20-8-2022 12:30 AM
Dia tendang meja sebab tu staf imigresen retaliate…
Quote nurul_akmar 20-8-2022 04:02 AM
Aku pon kalau kena mmg geram.. sistem asyik downn je. Sape x marah
Quote addamnor 20-8-2022 05:48 AM
UTC paling bongok. Dah siap segala urusan online apply passport, tetiba hari nak collect boleh masuk pool ambil nombor menunggu berejam. Hey gila ke apa, tak boleh kah kau buat kaunter segera utk tepek ibu jari then pick up? Tak perlu lah orang nak pick up passport kena tunggu 3 jam.  Bodoh punya cara bekerja. Gaji nak naik tapi benda simple tak boleh nak solve.
Quote Babai 20-8-2022 06:07 AM
Makan gaji buta ke?
Quote krustykrab 20-8-2022 07:20 AM
Watdoyuxpek dgn gomen ni...staf dgn sistem sama haus di udulfitri.. tgk je lah gomen pun haus jgk
Quote mojarean_X 20-8-2022 07:24 AM
So, betullah kata shafiq kppa tu kiranya
Quote n3ar 20-8-2022 07:30 AM
Sistem gomen ni manjangnya tak berfungsi, down la...

Ni la akibat duk bg kt company kroni buat projek... Pengalaman & pengetahuan tak sampai mana, tapi dapat projek juta billion... Penyudahnya rakyat yg kena tempias
Quote damsel_fiji 20-8-2022 07:48 AM
Mmg byk komplen pun pasal sustem imigresen nih..selayaknyalah

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.432429 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top