CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengkid Pakai Ihram Di Mekah- Rumah Keluarga Kosong, Jiran Hanya Pernah Nampak Sekali Ayid Pakai Selendang

19-8-2022 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2565| Komen: 7

Bota: "Dia memang wanita tetapi sejak daripada dulu memang berperwatakan tomboi dan belum pernah lagi saya melihat dia berpakaian wanita," kata penduduk di Titi Gantong, di sini.


Wanita enggan dikenali itu tinggal di kawasan perumahan sama dengan keluarga pengkid dikenali sebagai 'Mohd Syahid' atau 'Ayid' yang tular mengerjakan umrah memakai ihram di Tanah Suci, baru-baru ini.

Menurutnya, keluarga individu berkenaan sudah belasan tahun tinggal di kawasan itu dan mendakwa ketika berpindah ke situ individu itu dianggarkan berusia kira-kira 13 tahun.


Foto: Harian Metro

Katanya, sejak itu individu berkenaan didakwa tidak pernah memakai pakaian wanita namun dia pernah dilihat memakai selendang pada hari pengebumian salah seorang ahli keluarganya.


"Dari dulu lagi dia memang tak pakai seperti wanita, selalu pakai seluar dan baju-T (seperti lelaki). Saya ada juga melihat dia apabila pulang ke kampung, hari raya baru ini pun dia ada balik.

"Ketika ahli keluarga dia meninggal dunia, dia ada balik dan saya melihat dia memakai selendang ketika itu (tetapi tidak menutup penuh rambut)," katanya ketika di temui di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini dia ada bersembang dengan ibu individu itu, namun keluarga berkenaan dilihat tiada di rumah sejak kisah itu tular dan pulang hanya sesekali saja.

Dia turut mengakui kisah itu juga menyebabkan keluarga berkenaan terutama ibunya sedih.

Seorang lagi penduduk berhampiran kawasan itu mengakui tidak mengenali individu atau keluarga individu itu namun mengetahui kisah tular itu.

"Saya tidak mahu menghukum perkara itu tetapi secara logik takkanlah (dia) tak tahu hukum dan dia pun sudah dewasa.

"Kena tanya dia juga kenapa buat begitu. Ini ujian untuk dia dan keluarganya" katanya yang turut bersimpati dengan keluarga individu itu.

Sementara itu, tinjauan wartawan di rumah yang dipercayai milik keluarga individu berkenaan di Titi Gantong gagal menemui sesiapa manakala pintu dan pagar rumah juga dikunci dari luar.

Metro Ahad sebelum ini melaporkan, Ayid memperdayakan beberapa orang mangsa dengan janji dan perlakuan romantis untuk memperisterikan mereka.

Tembelang 'lelaki jadian' itu terbongkar selepas rakaman video dia memakai ihram ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah dimuat naik oleh seorang daripada mangsa penipuannya di media sosial sebelum ia tular.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 19-8-2022 03:49 PM
Pengkid ni hujung2 dah tua baru nak pakai kain batik mcm pompuan
Quote matjerk 19-8-2022 04:02 PM
Pindah situ umo 13 tahun.. acik x pnh nampak dia g sekolah kot..m g sekolah mesti berpakaian wanita
Quote zie_indah 19-8-2022 09:59 PM
Adoi aku org Bota kot . buat malu jerkk moga Hidayat buat mu amin
Quote laksmanabentan 20-8-2022 10:58 AM
gambar dia pakai jubah tu nampak bontot besarnyaaa...
Quote edayildiz 20-8-2022 11:08 AM
dulu kwn pengkid i nk ngurat adik i.masatu sekolah lg..dia kwn ngn i sbb nk knl adk i..byk cantikk..
masa kt uni kwn ngn pengkid gak..
xpondan..pengkid kwn i
Quote Redskin 20-8-2022 11:23 AM
Mat Apam ni nak jadik lelaki dah boleh kencing berdiri kaa?

Pepek tu dah tak berdarah lagi kaa, ker dia ni dah operate buang telor dia.


Dah elok2 Allah SWT jadikan ko wanita insan yg mulia,
ko nak jadik jantan pulok.
Quote tripleid 21-8-2022 12:19 PM
salah Mujahid la nih..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.093897 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top