CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Di Sebalik Rempit Adik, Ada Abang Yang Bawa Keluar Motor Dalam Balai,"-Lelaki Bangga Tayang Ada 'Cable' Sebab Abang Polis

19-8-2022 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3777| Komen: 34

Sebuah video tular, memaparkan seorang individu mendakwa mempunyai ‘cable’ iaitu abangnya yang merupakan anggota polis telah membantu mengeluarkan motosikal yang telah disita.


Video berdurasi 15 saat yang dimuat naik di laman TikTok Allcrazy107 mendedahkan abangnya seorang anggota polis ‘membawa keluar’ motosikal daripada balai polis.


“Di sebalik rempit adik, ada abang yang pening kepala.. bawa keluar motor dalam balai,” tulisnya dalam video itu.

Turut dimuat naik gambar seorang lelaki berdiri di sebelah kenderaan polis, kemungkinan besar abang kepada individu terbabit.


Bagaimanapun video tersebut telah dipadam pemilik akaun berkenaan setelah menerima kecaman ramai.

Bagaimanapun, video yang sama tular di Twitter setelah dimuat naik Lissa Laila, yang mempersoalkan tindakan individu itu sengaja mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Amboi, bangga tayang salah guna kuasa ya,” ujarnya.

Rata-rata netizen kesal dengan tindakan individu itu yang menggunakan nama PDRM semata-mata untuk ‘content’ di media sosial.

“Content sampah macam ni berlambak kat TikTok. Semua benda nak cerita sampai tak sedar boleh makan diri sendiri,” kata Aziemsky. 

“Rasanya PDRM kena bertegas dengan perkongsian apa-apa melibatkan jabatan di media sosial. Tak kira anggota, pegawai, atau orang awam. Jika dibiar lagi banyak content murahan macam ni,” kata Leman Harun. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 19-8-2022 12:51 PM
Semoga abang ko kena tindakan tatatertib akibat dapat adik "terencat".



Quote Artemesiaa 19-8-2022 12:55 PM
Up content yang boleh makan diri
Quote kucingitam 19-8-2022 01:00 PM
ni pun sama bodoh dgn pompuan yg injek filler kat tetek kat benang sebelah
Quote exclusive_vvip 19-8-2022 01:05 PM
x lama kena la abang dia tu..padan muka adik yg bodoh..kat Malaysia ni, dari geng kayangan,retis,marhaen, semua pakat getik  nak tunjuk ada privilege..
Quote Mulotkoyak 19-8-2022 01:46 PM
Sektor yg slalu activ kat medsoc ni biasanya polis, guru, nurse, doctor and imigresen. Kenapa ye?
Quote awanearisu 19-8-2022 02:00 PM
Wajar dikenakan tatatertib
Quote kechikchomel 19-8-2022 02:12 PM
tengok gambar 'abang' dia tu macam sama rempit je

Quote meya 19-8-2022 02:14 PM
Sape yang kerja gomen memang terjaga.  Adik badik keturunan sume claim macam above the law.
Quote Belibis 19-8-2022 02:23 PM
Mat rempit sengkek pun berkabel,apa lagi adi kana..
Quote n3ar 19-8-2022 02:33 PM
pelik apa, rempit2 pun ramai jadi polis sekarang...

pastu berlagak bukan main....
Quote Mini.Me 19-8-2022 02:34 PM
Kalo aku dapat adik bengap camni mau amik motor tu buang sungai terus...baru padan muka
Quote supernaturalee 19-8-2022 02:38 PM
abang betul ke tu

Quote mizruncing 19-8-2022 03:08 PM
elok laa abg kau kena tindakan tatatertib alang2 kau dh kantoikan abg kau sdri
Quote alieyrina 19-8-2022 04:44 PM
Kenapa ambik mat rempit jadi polis ?
Quote orkid_amani 19-8-2022 05:11 PM
Aii paling seram nk show off bergunanya adikberadik lg2 yg kerja dlm badan uniform ni..relax2 sudah la..xperlu kot nk reveal kat medsoc..yg tau ja tau
Quote orkid_amani 19-8-2022 05:11 PM
Aii paling seram nk show off bergunanya adikberadik lg2 yg kerja dlm badan uniform ni..relax2 sudah la..xperlu kot nk reveal kat medsoc..yg tau ja tau
Quote Perawankota 19-8-2022 06:35 PM
Confirm abg dia kena tindakan tatatertib nanti
Quote faraway1 19-8-2022 06:46 PM
Tak cerdiknya kau, tak psdal pasal abang kau kena tindakan pula..
Quote fortiori13 19-8-2022 07:13 PM
Habisla pasni abang ko kene siasat, silap haribulan kene buang keje... Apala bijak sgt..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.128708 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top