BANDUNG: Satu video yang menunjukkan sejumlah kucing mati akibat ditembak di sekitar kawasan Sekolah Staf dan Komando (Seksko) Tentera Nasional Indonesia (TNI) menjadi tular dalam media sosial.
Kes itu turut mendapat perhatian Panglima TNI, Jeneral Andika Perkasa yang menyifatkannya sebagai perbuatan keji kerana menzalimi haiwan. Ketua Penerangan dan Pustaka Sesko, Agus Lukman mengesahkan insiden tersebut dan akan melakukan siasatan segera bagi mencari dalangnya. “Memang benar kejadian itu berlaku di kawasan Sesko. Kes itu bukan palsu dan kami akan segera menyiasat mengapa kucing-kucing itu ditembak.
“Panglima Andika turut mengarahkan supaya kes ini diberi perhatian kerana berlaku di kawasan ketenteraan, kita tidak mahu insiden seperti ini memberi kesan buruk kepada imej tentera,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia. Terdahulu, sebuah pusat perlindungan haiwan terbiar menerusi Instagram berkongsi satu video menunjukkan kira-kira enam ekor kucing mati dan lima lagi cedera akibat ditembak. Berdasarkan keterangan video yang ditulis, pusat perlindungan itu memaklumkan, terdapat tiga kucing bunting dan dua lagi cedera parah akibat ditembak. “Ada juga kesan peluru menembusi kepala kucing yang ditembak. Manusia jenis apakah yang melakukan tindakan seperti ini? “Harap pihak berkaitan segera mengambil tindakan bagi mengelakkan lebih banyak insiden seperti ini berulang,” jelas video berkenaan. Dalam pada itu, seorang anggota tentera didakwa menjadi dalang kes tersebut berdasarkan siasatan awal yang dilakukan. Anggota tentera yang hanya dikenali sebagai NA itu mengakui menembak sejumlah kucing menggunakan senapang angin. Suspek memberi alasan dia menembak kucing-kucing yang berkeliaran di dalam kawasan pusat latihan tersebut kerana ingin menjaga kebersihan. Anggota tentera itu juga menafikan dia membenci kucing, sebaliknya tidak mahu haiwan itu mengotori kawasan dengan najis. -CARI Sumber: Utusan Online
|
Artemesiaa replied at 19-8-2022 12:56 PM
Kejamnya perbuatan
DeLuna85 replied at 19-8-2022 01:47 PM
Satu hal lagi, pencinta kucing ni tolong la jaga kucing masing2. Jaga elok2. Jangan masuk tempat ora ...
Buritan replied at 19-8-2022 01:50 PM
Aku pun ponin jygak dgn bela kucing tp biar aje.. kurung laa kucing tuu.. ade stray dtg romah aku. ...
DeLuna85 replied at 19-8-2022 01:55 PM
Yang dtg ke rumah tu alhamdulillah rezeki.
Buritan replied at 19-8-2022 02:01 PM
Aku kalo stray beso dtg rumsh aku tolong bg mkn dgn ubat je.. kalo stray cat cenonet dtg ciap ciap ...
supernaturalee replied at 19-8-2022 02:50 PM
@sekngucing uol xnk bela ke
insulin replied at 19-8-2022 02:56 PM
sekngucing tu kucing jantan. Baguslah kalau sis burit nak bela dia.
Buritan replied at 19-8-2022 01:50 PM
Aku pun ponin jygak dgn bela kucing tp biar aje.. kurung laa kucing tuu.. ade stray dtg romah aku. ...
supernaturalee replied at 19-8-2022 02:50 PM
@sekngucing uol xnk bela ke
mizruncing replied at 19-8-2022 02:59 PM
sama la ngan apartment aku ni. dah mcm dok ppr dah rasa. dlu ada sekor dua. ramai la dok puji come ...
sharlenetexas replied at 19-8-2022 02:54 PM
Kalau ada duit lebih iols nak mandulkan strays kat kejiranan ni. Sian tgk ibu lucing yg duk bawak pe ...
Buritan replied at 19-8-2022 03:55 PM
Mandulkan je sis.. aku yg jntn semua aku mndul.. depa ni branak selupe rohibgya...
Buritan replied at 19-8-2022 03:55 PM
Mandulkan je sis.. aku yg jntn semua aku mndul.. depa ni branak selupe rohibgya...
ADVERTISEMENT