CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hari Jadi Ummi Diiringi Dengan Kematian, Abang Sulung Uyaina Arshad Meninggal Semasa Berbasikal

19-8-2022 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12968| Komen: 85

"Rasa terlalu perit dan sakit nak diungkap dengan kata-kata. Kehilangan seorang insan yang terlalu baik," kata pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mengenai pemergian abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair Arshad, 35, yang meninggal dunia akibat serangan jantung, malam tadi.


Menurut suami Uyaina iaitu Raja Syahiran, Allahyarham meninggal dunia ketika berbasikal kira-kira jam 9 malam tadi.

Foto: IG

Uyaina menerusi Instagram berkata, tidak menyangka abangnya dijemput Ilahi pada usia yang masih muda.

"Baru semalam kami berjumpa. Makan, bersembang dan ketawa sama-sama .Macam-macam juga dia pesan. Dia risaukan adiknya nak bersalin. Rupa-rupanya dia yang pergi dulu.


"Rasa tak percaya dia dah tak ada. Terlalu awal dia pergi. Sama usia dengan arwah baba (bapa) sewaktu dia meninggal dunia.

"Saya kehilangan darah daging yang terlalu kami sayang. Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi ummi. Lama dia rancang nak sambut ulang tahun ummi. Akhirnya, hari lahir ummi diiringi dengan pemergian anak ulungnya. Allahuakbar," tulisnya.



Menurut Uyaina, abangnya yang juga seorang doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini, adalah insan yang berhati mulia dan selalu menjadi contoh terbaik buat adik-adiknya.

"Orang baik selalu pergi dulu. Dia sangat baik, terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik.



"Lepas arwah baba meninggal dunia, dia jadi ketua keluarga. Dari kecil lagi dia dah tunjukkan contoh yang baik untuk kami adik-adik. Dia masuk asrama. Kami semua nak masuk asrama. Dia berjaya dalam pelajaran. Kami semua nak berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan ummi. Kami adik-adik berebut nak berbakti untuk ummi. Dia baik, pemurah dan penyayang.


"Abangku Uzair, semoga syurga menantimu. Minta kalian semua hadiahkan Al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair Arshad. Doakan juga kesejahteraan dan kekuatan buat isteri dan anak-anaknya," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 19-8-2022 12:20 PM
Innalillah...salam takziah...
Quote Suchi 19-8-2022 12:24 PM
Takziah, baru tau arwah ayah dia pun tentera juga.
Iols baca komen sorang pesara tentera kot dia kata kenal arwah Commander Arshad yg meninggal di New Zealand.
Ayah dia pun meninggal masa umur 35 tahun juga sama mcm umur abang dia meninggal.
Quote hanihan16 19-8-2022 12:34 PM
innalillah.. pagi ni bukak fb kat wall fb i ramai yang ucap takziah & tag fb doktor ni. kiranya ramai kenalan lah arwah ni. semua kta terkejut dengan pemergian doktor yg baik hati. i baru tau abang uyaina rupanya.
Quote Kepot 19-8-2022 12:35 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
org baik mmg selalu pergi dulu.
Quote Nenasketum 19-8-2022 12:36 PM
Innalillahiwainnailaihiraji’un. Respek mak dia, such a rock!
Quote .HannahMontana. 19-8-2022 12:37 PM
kesan vaksin

ramai sangat orang yang aku catat ada 9 org yg aku kenali dalam tempoh 1 bulan  mati  mengejut



kepada forummer yg dah cucuk tu dahhh sediakan kain kafan dan wasiat ?? hutang dah bayar???


sepiiiiiiii forum ni nanti

penatttt fikir

mana nak jadi amdin , jadi moderator ,, jadi forummer

sendiri komen sendiri cantas credit

uhmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Quote idril 19-8-2022 12:38 PM
takziah. handsome abang nya
Quote imanjannah 19-8-2022 12:41 PM
innalillahwainnalillahirojiun.. salam takziah
Quote Cokoro 19-8-2022 12:46 PM
Innalillahiwainnailaihiraajiun. Salam takziah
Quote 3chanceno 19-8-2022 12:46 PM
Innalilah..salam takziah buat famili...tak terpikir bagaimana perasaan ibu mereka di hari ulangtahun sendiri kehilangan anak juga
Quote VespaSilbe 19-8-2022 12:49 PM
Salam takziah.. moga arwah diampunkan dosanya dan ditempatkan dikalangan org beriman.. baru sedar arini hari Jumaat
Quote ezacbee 19-8-2022 12:50 PM
Muda lagi. Takziah.
Quote scarflicious 19-8-2022 12:57 PM
Salam takziah.

Jgn exercise malam2.  Exercise light2 je utk malam.  Kalau pagi,  make sure mlm tu tidur dan rehat cukup.  Body tak tahan.
Quote lotionmilo 19-8-2022 01:05 PM
Muda lagi.Innalillahi wa innailaihi rajiun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa aafihi wa'fuanhu..semoga ibu,isteri dan keluarga diberi terus kekuatan untuk meneruskan kehidupan
Quote 800214 19-8-2022 01:09 PM
nampak dr rusyainie update. rupanya abg uyaina. salam takziah
Quote irsa 19-8-2022 01:10 PM
Sememangnya jodoh pertemuan & ajal maut semua ketentuan Tuhan. Kita sbg hamba hanya mampu merancang, masa kita pun x tentu lagi bila akan dijemput. Takziah buat family uyaina.
Quote Thunderclouds 19-8-2022 01:27 PM
Innalillah..Mati xmengenal usia muda@tua. Salam takziah.
Quote naina 19-8-2022 01:38 PM
Kalau tengokkan background arwah ni macam hampir mustahil nak dapat sakit jantung usia muda melainkan tak tolak takdir jelah. Takkan dia tak tahu tak boleh exercise malam.
Sure tak merokok
Healthy life style
Doktor
Muda sangat
Vaksin. Keh3
Quote DeLuna85 19-8-2022 01:39 PM
Umur 35 Masih Muda dan badan segak tapi kena serangan jantung. Ajal maut tak kenal usia. Al Fatihah buat Arwah.

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.090968 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top