"Soal halal atau haram rezeki saya, biarlah Allah saja yang tentukan," kata Baby Shima mengulas berkaitan kerjayanya sebagai penyanyi dangdut yang sering dikaitkan dengan insiden 'bergelek sakan' demi menghiburkan penonton dalam setiap acara hiburan.
Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli berkata, dia tidak mahu mengulas lebih lanjut berkaitan perihal rezeki ini kerana berasakan ia agak sensitif dan lebih selesa tidak memanjangkannya. "Apapun, saya berterima kasih dengan kebanyakan netizen yang prihatin dengan perihal menari gelek itu. Termasuk, kepada mereka yang tak jemu menyokong karier seni saya selama ini. Walaupun selalu dikecam, saya okey saja.
"Macam yang sering dikatakan, saya tak mampu mengawal serta menutup mulut orang untuk memberi komen dan pandangan mereka terhadap apa yang saya buat. Namun, saya hormati semua itu dan sebagai manusia biasa, saya tidak terlepas daripada kekhilafan," katanya kepada Harian Metro.
|
RinIna replied at 19-8-2022 01:18 PM
Cakap pandailah.. tapi takkan ko tak tahu halal haram rezki tu cmne.. jahil sgt ke ko ni?
DeLuna85 replied at 19-8-2022 01:30 PM
Kau dah bergelek serupa anak ayam cari pelanggan lagi nak cakap pasal halal haram.
ina_na replied at 19-8-2022 02:21 PM
Mcm2 cara bt nk bg fofular.. duk bergelek tgh jalan la,duk bawak anjing la,duk p kubur atok nenek ha ...
asfaz replied at 19-8-2022 03:21 PM
Betul. Amelina tak gelek sangat tpi dia popular. Lagu pun org tau. Behhbieee sima ni ,lagu dia pun ...
ADVERTISEMENT