CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alicia Amin Buat Protes Di KLFW2022, Tuntut Keadilan Buat Model Yang Tidak Dibayar

19-8-2022 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4401| Komen: 25

Model dan pelakon Alicia Amin membuat kejutan pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) yang berlangsung di Pavilion Kuala Lumpur pada Khamis apabila tampil membuat protes tentang isu bayaran.


Tampil seorang diri sambil memegang plakad, Alicia membuat bantahan terhadap seorang individu yang didakwa tidak membayar upah model yang sudah melunaskan tugas mereka di pentas peragaan.

Foto: IG

"Semua model tahun ini perlu dibayar dalam tempoh sehari. Kepada mereka yang masih menanti bayaran daripada tahun-tahun sebelumnya, sila datang berjumpa saya," tulisnya pada plakad berkenaan.

Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 sedang berlangsung sejak 17 Ogos sehingga 21 Ogos ini.


Tindakan Alicia membuat protes secara seorang diri itu bagaimanapun telah dihalang dan diarahkan meninggalkan acara itu oleh pengawal keselamatan yang bertugas.


Foto: mStar

"Sudah tentu kena halau, tetapi kita usaha apa yang termampu," tulisnya di Instagram Story.

Menjelaskan tindakannya itu, Alicia berkata, dia bergerak sendiri membuat protes itu kerana tidak mahu melibatkan orang lain sehingga memusnahkan karier mereka.

Jelasnya, apa dilakukan itu kerana tahu bagaimana sukarnya bergelar seorang model apatah lagi bekerja sendiri tanpa dibawah mana-mana pengurusan.



"Saya boleh membuat protes tentang ketirisan bayaran dan pada masa sama menyokong pereka fesyen yang telah membina karier saya. Ia adalah dua perkara berbeza.

"Saya tidak mendapat sebarang keuntungan. Saya lakukan ini kerana teringat betapa menakutkan dan sukarnya sebagai seorang model mentah yang cuba menyeimbangkan antara hak dan peluang untuk ditempah. Ia tempat yang sukar," jelasnya.




Alicia turut menjelaskan sudah 12 tahun dia bergelar seorang model dan sudah penat dengan layanan buruk diberikan.

Dalam satu entri berbeza di Instagram Story, Alicia turut meminta model yang tidak mendapat bayaran dalam tempoh 24 jam selepas selesai bertugas untuk memberitahunya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 19-8-2022 10:45 AM
dia tulis kat board tu "Andrew's" tu sbrnya dari model agency Andrews Models lah tu.. dlu ofis lama sama building dgn agency ni, tu yg tau. xyh lahh tutup2 kat gambo tu, semua org dah nmpk.
Quote idril 19-8-2022 10:46 AM
bagus dia......
Quote kikilalapooh 19-8-2022 11:44 AM
bagus la dia jadi whistleblower. talent dkt malaysia ni selalu tak dibayar.
Quote fatimahmarkonah 19-8-2022 11:47 AM
Hritu tgk igs ainah pn ada mention. Bayar ansurans. 3 taun xsialp dia ckp bru setel payment.
Quote Fly_over 19-8-2022 11:49 AM
tp kesian dia sorg je bdiri situ. padahal ramai yg kena. model2 lain x berani la kot nak sama2 kt situ.
Quote uori 19-8-2022 11:50 AM
bestnya badan sekeping macam dia nih
Quote kembangbunga 19-8-2022 11:55 AM
lasagna replied at 19-8-2022 10:45 AM
dia tulis kat board tu "Andrew's" tu sbrnya dari model agency Andrews Models lah tu.. dlu ofis lama  ...

oohh iols ingat model freelancer yang tak dapat payment tu. maksudnya model yang memang register under Andrews agency la eh.
Ke iols yang salah?
Quote lasagna 19-8-2022 12:07 PM
kembangbunga replied at 19-8-2022 11:55 AM
oohh iols ingat model freelancer yang tak dapat payment tu. maksudnya model yang memang register u ...

yes betul, agency tu nama 'Andrews'. msa iols keje kat same building dgn agency tu, slalu sgt model2 ni tersalah singgah ke company iols, advertising agency. so dia org igt company keje iols tu, berkali2 laa model2 seantero silap tekan button ting tong opis iols dlu. tu yg tau boss model agency Andrews ni kat level atas, slalu jer trserempak dgn boss/owner dia tu dlm lif. very friendly.
Quote Nenasketum 19-8-2022 12:40 PM
Dia ni kalau jadik pengkid senang, low bajet. Dada airport landing, jawline very strong. Sori ar aku tak simpati, asyik dok memekak untuk anybody to notice her.
Quote miu84 19-8-2022 01:04 PM
uori replied at 19-8-2022 11:50 AM
bestnya badan sekeping macam dia nih

But she was thicc before taw waktu lam asia's next top model. Dia siap cakap mmg dia akui dia tembun sikit, and will probably be like that forever.

Tapi pas asntm tu, makin mengurus. Good for her. Baru nampak rupa model
Quote uori 19-8-2022 01:06 PM
miu84 replied at 19-8-2022 01:04 PM
But she was thicc before taw waktu lam asia's next top model. Dia siap cakap mmg dia akui dia temb ...

biasalah badan melayu, mesti berlekuk dan berbentuk. susah nak dapat bentuk sekeping nih.
aku buatlah IF OMAD Atkins pun, takdenya nak sekeping.
letih

Quote Redmyvi 19-8-2022 01:24 PM
okla dia bukan je fight utk diri sndiri at the some time tkmau drag diorg into trouble.. wild mcm mana pun seseorg sentiasa ada sisi baiknya
Quote dudaberhias 19-8-2022 01:28 PM
bagus la... itu dah sememangnya hak dia... dia boleh je tuntut... bukannya dia tak buat keje pun...

you go girl.. walaupun dalam hati hitam kaka ni nak cashkan sikit2... takde la banyak
Quote Fly_over 19-8-2022 02:28 PM
patut x geng2 orka berpengaruh yg selalu join dpt invitation klfw ni pun bsuara kt andrew tu. katanya ada yg ttunggak smpi 5tahun. ptt dah kena boikot.  
Quote kembangbunga 19-8-2022 02:33 PM
Fly_over replied at 19-8-2022 02:28 PM
patut x geng2 orka berpengaruh yg selalu join dpt invitation klfw ni pun bsuara kt andrew tu. katany ...

5 tahun???? gilaaa la. models ni tak ada sign apa-apa agreement or contract ke? kalau kes macam ni boleh pegi Labour tak? kesian la sebab dah kerja tapi payment tak dapat.
Quote newyork 19-8-2022 02:34 PM
Penat kerja togel2 tak bayar pulak...
Quote Fly_over 19-8-2022 02:43 PM
kembangbunga replied at 19-8-2022 02:33 PM
5 tahun???? gilaaa la. models ni tak ada sign apa-apa agreement or contract ke? kalau kes macam ni ...

iols baca kt komen section TT. ada yg 5thn, 4thn. katanya tiap thn ada je yg kena. yg baru2 ni dtg casting xtau rupanya management hauk nampak event mcm gah. kalau ada contract ptt boleh je report kn.
Quote kembangbunga 19-8-2022 02:56 PM
Fly_over replied at 19-8-2022 02:43 PM
iols baca kt komen section TT. ada yg 5thn, 4thn. katanya tiap thn ada je yg kena. yg baru2 ni dtg ...

kesiannya, next time kalau ambik any kerja tak kira part time or freelance kena ada aggrement or contract. sebab tak nak benda mcm ni jadi lah. kalau xda black & white, nak saman pun tak boleh.



Quote GegarVaganja 19-8-2022 03:11 PM
lasagna replied at 19-8-2022 10:45 AM
dia tulis kat board tu "Andrew's" tu sbrnya dari model agency Andrews Models lah tu.. dlu ofis lama  ...

Sah2 la KLFW ni pun mak hayam andrew ni punya jugak kan.
Tu pun tak bayar. Choi.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.183244 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top