CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aktres Saman Akhbar Sebab Guna Gambarnya Untuk Artikel Wanita Gemuk

18-8-2022 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1322| Komen: 3

New York: Aktres Iraq, Enas Taleb akan memfailkan saman terhadap akhbar The Economist selepas menggunakan gambarnya untuk artikel wanita Arab lebih gemuk daripada lelaki.


Enas berkata, gambarnya digunakan untuk ilustrasi artikel berkenaan tanpa kebenaran dan mengganggu privasinya.

Malah, dia turut mendakwa gambar yang digunakan akhbar berkenaan sudah disunting.


Foto: AP

Aktres dan hos program bual bicara terkenal itu berkata, tindakan undang-undang akan difailkan di United Kingdom.

Syarikat akhbar berkenaan bagaimanapun masih belum memberikan sebarang maklum balas berhubung tindakan Enas itu.

Artikel berkenaan disiarkan pada hujung Julai lalu menggunakan gambar Enas yang dirakam sembilan bulan lalu di Festival Antarabangsa Babylon di Iraq. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 18-8-2022 11:24 AM
kahkah sanggup saman menyaman, tak sedor diri mmg gems
Quote haifawehbe 18-8-2022 12:48 PM
perempuan arab mmg chubby.. model dekat dubai sana mostly chubby2.. beauty standard deme lain dari msia yg kurus kecik tu cantik..
Quote Perawankota 18-8-2022 09:29 PM
haifawehbe: perempuan arab mmg chubby.. mo ...


Tapi dorg chubby yg cantik.. Bukan chubby yg kepam...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.284689 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top