CariDotMy

Forgot password?
Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penagih Dadah Cuba Lepaskan Diri, Habis Lengan Polis Digigitnya

18-8-2022 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1537| Komen: 14

Tangkak: Seorang anggota polis cedera di lengan kanan digigit ketika bergelut dengan penagih dadah yang membuat kacau ganggu di sebuah stesen minyak di Bukit Gambir dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, kejadian berlaku pada jam 1.00 petang ketika polis melakukan tangkapan terhadap seorang lelaki berusia 33 tahun.

Foto: Harian Metro

"Suspek berkenaan didapati terbabit membuat kacau ganggu di sebuah stesen minyak berkenaan.

"Ketika tangkapan dilakukan, suspek cuba untuk meloloskan diri dengan menggigit lengan anggota polis berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis methaphetamine.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak untuk mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dan menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.

"Jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 18-8-2022 11:10 AM
Uish mau kena kaki ke penumbuk kalau cam ni punya gigit
Quote pooh~key 18-8-2022 11:13 AM
Baik buat check up kat gigitan tu kot2 terkena jangkitan cacar monyet ka cacar buaya ka cacar bureeet ka apa kan dek?
Quote rosedemon 18-8-2022 11:23 AM
sian abam polis tak pasei dikokaknya
Quote alongweeda 18-8-2022 11:34 AM
sian lahai.....ex hb dl pnah kn cakar dgn pelacur ms wat tangkapan...mengelupor dy bsh pkai dettol pastu ltk minyak gamat...tkt mat
Quote Artemesiaa 18-8-2022 11:36 AM
Tak pasal2 kena tambah hukuman yang menganas siapa suruh
Quote Thunderclouds 18-8-2022 11:59 AM
Jgn hiv positip udah
Quote CariMalay 18-8-2022 02:25 PM
Sakit tu
Quote jazaa100 18-8-2022 02:27 PM
Harap mat pit tu tak Hiv positip lah.....

Kau nk mampusss....knp libatkn polis....
Quote naina 18-8-2022 02:47 PM
Perghhh sakit tu sampai camtu luka
Anak aku gigit bahu ckit pun dah sakit sgt
Apasal polis tu x gigit balik
Quote Xim 18-8-2022 09:09 PM
Aku ingt luka biasa je...mak ai mcm kena gigit zombi...kenapa la tak disepak "nyawa" penagih tu biar senak....
Quote sharlenetexas 18-8-2022 09:12 PM
Sian abam polis tu.

Quote Suraj81 18-8-2022 09:16 PM
I have to say I am impressed. I rarely come across such an informative and interesting blog,
and let me tell you that you nailed it You have give me loy of information as well as entertainment
I’m so glad I found myself in this quest for something
about that.
edugov backlinks

free backlinks edu
free backlink s 3 edu
free backlink s 3 edu
free backlink s 3 edu

Quote Perawankota 18-8-2022 09:30 PM
Jgn ada hiv sudah.. Tak pasal2 jer nanti
Quote CiliPadiSedap 18-8-2022 11:52 PM
macam luka kena minyak masak. kalau kaka kena gigit cmni confirm minta mc paling kurang 2 minggu dan rehat akibat trauma

Lihat semua komen(14)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.044905 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top