CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Cipta Sut Robot, Bantu Ular Berjalan Dengan Empat Kaki Plastik

18-8-2022 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3121| Komen: 49

Seorang lelaki mencipta sut robot yang memberi ular keupayaan untuk "berjalan dengan kaki".

Allen Pan yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kejuruteraan mencipta peranti DIY daripada tiub panjang dan empat "kaki" plastik untuk dipasang pada haiwan itu.


Dia yang juga YouTuber dari Los Angeles menjelaskan bahawa ular mempunyai kaki kira-kira 100 hingga 150 juta tahun yang lalu, namun mengalami evolusi sehingga mampu hidup tanpa kaki yang mana ia dipercayai berlaku disebabkan oleh mutasi genetik.


Foto: Daily Star

"Saya sebenarnya berasa kasihan dengan ular, mereka kehilangan kaki mereka dan tiada siapa yang cuba mencarinya kecuali saya," ujarnya.


Kata Allen, peranti DIY itu boleh dipasang dan dibuka dengan mudah.

Ia juga boleh diprogramkan menerusi komputer riba.

Untuk menguji reka bentuknya, Allen melawat penternak ular dan menggunakan salah seekor ular untuk menguji kecekapan robot itu. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 18-8-2022 11:11 AM
Seseorang perlu cipta maskot beruk robotik untuk manusia kerana... kesian dengan manusia.
Quote esbok 18-8-2022 11:16 AM
ate dah kenapa. gemok ulor tu besok
Quote rosedemon 18-8-2022 11:23 AM
ko dah kenapa nk suruh ular jalan. sia2 je ciptaan macm ni
Quote Artemesiaa 18-8-2022 11:39 AM
Menyusahkan je kata si ular
Quote Nnoor2 18-8-2022 11:42 AM
"Saya sebenarnya berasa kasihan dengan ular, mereka kehilangan kaki mereka dan tiada siapa yang cuba mencarinya kecuali saya," ujarnya.



Ko dah kenapa...ko menyusahkan ular tu lagi adalah melanggar fitrah kejadian beliau
Quote Flake123 18-8-2022 11:44 AM
Thread yang telah menghiburkan banyak hati
Quote prince_marhaen 18-8-2022 12:00 PM
Dalam hati ular tu berkata; "APEEEEEE LAAA SIALLL manusia ni...bubuh aku dalam tiub paip ni ingat aku budak-budak agaknya duduk dalam walker camni...nak melingkau pun tak senang lahhh!!"
Quote ketambangkang 18-8-2022 12:31 PM
ular tu tetap kena berjalan dlm keadaan menjalar...buat la ular tu berjalan dlm keadaan berdiri, baru powerrrrr
Quote Sazreena 18-8-2022 12:48 PM
Pasni abis la ular kena kerah buat show kat sarkis
Quote orangbiasaje 18-8-2022 12:59 PM
Dik....ular tu dah takde kaki atas sebab evolusi...sepertimana DNA T-Rex dijumpai pada ayam, dan banyak gajah generasi baru membesar tanpa gading...keadaan hidup memaksa DNA berevolusi agar lebih survival demi kelangsungan hidup

Cuba tgk nnti, antara ular yang merangkak-rangkak guna kaki palsu yang diorg takleh kawal secara naluri, dengan badan menjalar sampai speed hampir 29km/jam.

Kalau buat inovasi macam kulit sintetik yang mempercepatkan proses luka ular sembuh, ataupun rumah haba untuk mereka hibernate sewaktu musim hujan / sejuk sebagai alternatif /perangkap agar mereka tak masuk rumah, bermanfaat lah juga. Ini kaki...diorg sendiri pun taknak dik...
Quote akaktepiTasik 18-8-2022 01:38 PM
Ular bakalan obese ni
Quote akaktepiTasik 18-8-2022 01:38 PM
esbok replied at 18-8-2022 11:16 AM
ate dah kenapa. gemok ulor tu besok

kan?
Quote syamzana 18-8-2022 01:40 PM
byk betul masa dia berfikir ya
Quote Siri99 18-8-2022 02:12 PM
bagus, pasni kene cipta pulak alat utk buat ketam berjalan lurus
Quote misc 18-8-2022 02:17 PM
Edited by misc at 18-8-2022 02:33 PM

Dah tengok kat yt. Tak praktikal langsung.
Quote AshkieLa 18-8-2022 02:50 PM
takde beban batu digalas betul ciptaan dia ni...
elok ular tu laju melingkar... buat ciptaan tu jadi OKU nyusahkan dia...
Quote insulin 18-8-2022 03:15 PM
misc replied at 18-8-2022 02:17 PM
Dah tengok kat yt. Tak praktikal langsung.

Terlebih genius dan kreatif
Quote TomyamPuteh 18-8-2022 04:37 PM
Lps ni cipta kasut utk lipan pulak ye.
Quote CiliPadiSedap 18-8-2022 06:15 PM
baik saintis ni kasihan dengan friska sebab jadi isteri kedua madu jusa c minus. moga saintis ni dapat  cipta robot suami jusa c minus

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.074579 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top