CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Indonesia 'Mendunia', Miliki 4 Kekuatan Untuk Jadi Negara Maju

18-8-2022 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3485| Komen: 45

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan bahawa Indonesia mempunyai empat kekuatan untuk mencapai visi menjadi negara maju, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.


Menurut Jokowi, salah satu kekuatan republik itu adalah keupayaannya untuk mengatasi krisis kesihatan. Negara itu juga memiliki kelebihan kerana mempunyai kekayaan alam yang melimpah-ruah.


Foto: AFP

“Pertama adalah kemampuan kita menguruskan pandemik. 

“Kedua, sumber alam semula jadi melimpah-ruah yang pastinya akan menjadi kekuatan besar Indonesia sekiranya diuruskan dengan bijak dan lestari,” kata Jokowi menerusi akaun Twitter rasmi miliknya.


Kekuatan ketiga menurut Jokowi adalah faktor demografi. Kata beliau, Indonesia mempunyai golongan muda yang produktif yang menjadi penggerak ekonomi negara.

Sementara itu, kekuatan terakhir adalah kepercayaan di peringkat antarabangsa. Menurut beliau, Indonesia kini semakin menyerlah di persada dunia.

“Indonesia diterima oleh Russia dan Ukraine sebagai penghubung keamanan, dipercayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai juara daripada Kumpulan Tindak Balas Krisis Global,” katanya. 

Kedudukan Indonesia sebagai pengerusi Kumpulan 20 (G20) turut dijadikan kayu ukur, selain giliran Jakarta yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan.

Sebelum ini, Jokowi memberi amaran kepada rakyat Indonesia mengenai krisis yang melanda dunia. Beliau meminta semua pihak agar bersiap sedia menghadapi ketidaktentuan.

Bagaimanapun, Jokowi berkata, Indonesia adalah antara negara yang berjaya mengharungi krisis berkenaan dengan keadaannya yang lebih baik berbanding kebanyakan negara lain. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 18-8-2022 11:23 AM
lepas ni anak muda malaysia pulakla jadi bibik kat yindonesia
Quote nononcrux 18-8-2022 11:41 AM
rosedemon replied at 18-8-2022 11:23 AM
lepas ni anak muda malaysia pulakla jadi bibik kat yindonesia

jauh naw indonesia, singapore tu cukup la..
Quote ezacbee 18-8-2022 11:56 AM
Berduyun2 laa org indon balik kampung. Menangis la majikan sini.
Quote FOTHER-MUCKER 18-8-2022 12:07 PM
Betul tu ..sekarang B40 mentertawakan indonesia. Tetapi ianya akan terjadi sebaliknya jika tidak berhati hati!
Quote Decaffeinated 18-8-2022 12:07 PM
itu cakap2 sempena sambutan HUT kemerdekaan. Standard lah.

Gigihlah nak menyibuk.

Quote DeLuna85 18-8-2022 12:16 PM
Decaffeinated replied at 18-8-2022 12:07 PM
itu cakap2 sempena sambutan HUT kemerdekaan. Standard lah.

Gigihlah nak menyibuk.

Aah biasa la dalam ucapan. Nak naikkan semangat umat Indonesia. Tapi Tak mustahil jugak.
Quote becir 18-8-2022 12:18 PM
Dengar ayat Malaysians nanti jadi bibik kat Indonesia kedengaran dari 2007/2008 gitu..asalkan ada news pasal Indonesia nya development sure nak naikkan benda yg sama, ntah apa2..
Quote Straya 18-8-2022 12:29 PM
Habis tu apasal berjuta orang kau masih berkampung kat msia ni? Sembang
Quote white_musk 18-8-2022 12:41 PM
Dari tahun 2000 sahingga sekarang berapa orangkah rakyat malaysia yang berIC biru itu menjadi babu di indonesia? babu di sini ialah pembantu rumah ya
Quote scorpionkiki 18-8-2022 12:44 PM
Baguslah....then indon di malaysia blh balik indonesia.
Quote FOTHER-MUCKER 18-8-2022 12:48 PM
scorpionkiki replied at 17-8-2022 08:44 PM
Baguslah....then indon di malaysia blh balik indonesia.

Jika mereka semua balik siapa nak ambil alih tempat mereka?
Quote Mulotkoyak 18-8-2022 01:00 PM
Indon kalo ckp xmendunia bokaaan indon namenyeee... Malaysia tetap utuh. Ak tetap syg kan malaysia... Xgitu?
Quote besi_kelabu 18-8-2022 02:09 PM
standard lah cakap2 utk naikkan semangat sendiri..
Quote royaldanish 18-8-2022 02:18 PM
hurm.. patut masuk byk utk bawa ke ladang sawit tapi sorang pun takde.. semua pg bina nusantara agaknya. mungkin  gaji bagus.

yg tinggal utk tumbuk & angkat tandan sawit pun kemain demand gaji sekarang sebab susah nak cari yindon
Quote Bedah.Cun 18-8-2022 02:21 PM
Tentara babhu Indon memang mendunia sejak sebelum ucapan ni lagi. Bukan membabu di Malaysia jer, membabu di Hong Kong, Taiwan, Saudi Arabia, Kuwait dan lain-lain. Lantak mengkomer lah nak mendonia ker nak haper pon. Malaysia neh bukannya ramai penduduk tak payah nak bandar banyak2 sangat serabut.
Quote Bedah.Cun 18-8-2022 02:22 PM
Harap mak indon friskas haper tue menyesal jadi bini no 2 jantan malaysia kepam
Quote umbut 18-8-2022 02:23 PM
Indon yg bagus semangat sayang negara kuat x mcm kita
Quote cmf_premierleag 18-8-2022 02:28 PM
Indonesia ni mmg sgt besar ya
Populasi je dah more than 240juta ummah
Kalo naik flight,fly dr hujung bhgn timur Indonesia di Irian Jaya ke hujung bhgn barat belah utara barat Sumatera(Acheh) ada dalam 8 jam penerbangan
Sama jarak mcm KL-Dubai, 8jam dlm flight.
Quote hamida 18-8-2022 02:56 PM
Tunggu jelah, tak lama lagi mmg indonesia mendunia. Sbb secara ekonominya, mmg byk kilang USA di China dah pindah ke Indonesia. Jgn lagi 5-10 thn, rakyat malaysia pula menagih kerja di sana.. Sadis sungguh kalau difikirkan.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.113372 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top