CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Tua Sanggup Teman Anak Menagih, Siap Bagi Duit Beli Dadah

18-8-2022 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2846| Komen: 24

Gombak: Seorang ibu sanggup menemani anaknya yang juga penagih dadah di rumah penuh barangan lusuh dan sampah sejak 10 tahun lalu.

Difahamkan wanita berusia lingkungan 70 tahun itu sanggup hidup sedemikian kerana terlalu sayangkan anaknya yang berusia 42 tahun.

Anaknya itu menagih dadah di dalam rumah dengan beralas tilam nipis dikelilingi sampah dan barangan lusuh.


Foto: Harian Metro

Sumber berkata, warga emas itu bergantung hidup dengan bantuan anak-anak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, lelaki itu yang tidak bekerja menjadikan kediaman terbabit tempat dia menagih heroin dan mengutip barangan lusuh dan sampah sehingga memenuhi ruang rumah untuk dijual bagi membeli dadah.

Katanya, ibunya turut dikatakan memberi wang kepada lelaki itu untuk membeli dadah.

"Perkara itu terbongkar selepas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak membuat pengesanan ke atas orang disyaki di sekitar Selayang dan Rawang 10 Ogos lalu.

"Lelaki terbabit yang tinggal di Selayang Baru antara enam penagih dadah yang ditahan AADK ketika membuat pengesanan terbabit," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Sumber berkata, ujian saringan air kencing mendapati mereka menggunakan dadah jenis syabu, heroin dan ganja.

"Kesemua sampel dihantar ke unit Patalogi Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pengesahan pakar perubatan.

"Mereka yang ditahan itu dalam tahanan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998)," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 18-8-2022 11:21 AM
terbaikk. sayang anak belikan dadah
Quote nononcrux 18-8-2022 11:44 AM
mak nye pon.. aduh penat hidup org mcm ni
Quote Flake123 18-8-2022 11:45 AM
Mak dia takde choice kut
Quote jas7512 18-8-2022 11:46 AM
Memgarut...itu bkn sayang..itu nak jahanamkan anak namanya..klu i jd jabatan kebajikan i potong je bantuan sbb x sedar dik untung..penagih ni klu yg dah kronik sgt hukum je mampus...menyampah i dgn drug addicts
Quote uori 18-8-2022 11:47 AM
tak pelik pun kalau di kampung nenek aku, satu rumah satu penagih. dan cuba sape2 gi kacau anak dorang tuduh mencuri ke apa, di mana memang dorang buat pun, si mak2 yang tua nih sanggup berparang serang rumah orang. hebat
Quote Artemesiaa 18-8-2022 11:48 AM
Bukan kes pertama dah banyak kes serupa sebelum ni.  Takut anak tertangap tapi rela tengok anak mereput.
Quote 3chanceno 18-8-2022 12:17 PM
Kesian anak2 yg lain kena kasik mak $ lepas tu dibaginya pada anak penagih

Pelik penagih2 nie dah bertahun menagih tapi masih hidup
Quote glump 18-8-2022 12:22 PM
Tak pelik ..tengok depan mata kat kejiranan..mak2 dah  70an nie lah dok support ketagihan anak..ada yg anak dah mati sebab dadah pun Tak insaf2
Quote margo20 18-8-2022 03:51 PM
Mntk mntk dijauh dr keturunan
Quote hasniey 18-8-2022 03:54 PM
Makbtu kdg2 terpaksa.igt suka ke ada anak menagih smpai ke tua ni?
Penagih korg tau la perangai mcm mana.xdpt duit diherdik ditengking emak tu.
Nk di larang mak pon dh 70 tahun.tah2 jln pon dh xlarat.adik beradik lain kenapa xreport je.
Quote makita 18-8-2022 06:36 PM
3chanceno replied at 18-8-2022 12:17 PM
Kesian anak2 yg lain kena kasik mak $ lepas tu dibaginya pada anak penagih

Pelik penagih2 ni ...

Jgn sis..mak mcmana teruk pon tetap betul sis. Anak2 lain x boleh bising2...sbb mak dah lama mkn garam dari anak2..jdi mak ni tahu la apa dia buaaat..gitiew
Quote Nenasketum 18-8-2022 07:24 PM
Sedara pak aku ada anak menagih, depa bagi minum ayor batu nesan pak dia supaya penagih duk rumah. Elok jer menagih, high dalam rumah bagai & memang betul2 tak menagih diluar. Dia pulak mati dulu daripada mak dia.
Quote 3chanceno 18-8-2022 08:21 PM
makita replied at 18-8-2022 06:36 PM
Jgn sis..mak mcmana teruk pon tetap betul sis. Anak2 lain x boleh bising2...sbb mak dah lama mkn g ...

Ya ampun sis....meols tak tahu pulak dah buat salah

Pada meols tak semestinya dah lama makan garam tu selalunya lebih arif...aaahhhhgiiitewwww meols membela diri

Meols cuma terpikir ramai penagih dadah dah lama jadi penagih tapi masih panjang umur ya...
Quote gigahertz 18-8-2022 09:58 PM
uori: tak pelik pun kalau di kampung nenek aku, satu rumah satu penagih. dan cuba sape2 gi kacau anak dorang tuduh mencuri ke apa, di mana memang dorang bua ...

kg mak i pun ada . belakang rumah mak i je
penagih tu siap pasang cctv lagi

Quote gigahertz 18-8-2022 10:01 PM
margo20 replied at 18-8-2022 07:51 AM
Mntk mntk dijauh dr keturunan

tu pasal kalau u kahwin dapat anak lelaki
belajar x pandai bertukang x pandai
duduk x buat apa apa . berjaga jagalah.
Quote krustykrab 18-8-2022 10:19 PM
Ni yg korg suruh beranak ramai supaya dpt jd majoriti
Gomen tanggung biawak
Quote naina 18-8-2022 10:27 PM
Mak tu umur 70 tahun kudrat nak marah pun takda dah..last2 redha jelah dari kena kelar. Aku percaya mak dia pun terpaksa demi keselamatan diri. Sanggup jadi hamba pada anaknya. Tapi kan kenapa lah anak2 lain tu tak bawa mak lari tinggal dengan dorang. Tak kesian ke. Kang diparangnya mak tu kang.
Quote sharlenetexas 18-8-2022 10:30 PM
Edited by sharlenetexas at 18-8-2022 10:31 PM

Amik vaksin tak?
Kebal dari covid?

Sib baik mak tak diparangnya.




Quote ninja boy 18-8-2022 10:31 PM
Apalagi diam2 van putih kidnap humban sungai kaki ikat batu berat

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.165000 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top