Luahan hati anak perempuan Didie Alias iaitu Diyana Redzuan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-49 aktres itu cukup menyentuh hati.
Diyana, 23, menerusi hantaran di Instagram menyifatkan Didie sebagai role model buat dirinya yang menjadikan siapa dirinya hari ini. Malah Diana memberitahu Didie sentiasa mengajarnya agar menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur dan rasa kecukupan dalam kehidupan selain menghargai perkara di hadapan mata. "Selamat hari lahir yang ke-49 tahun Mummy, terima kasih kerana menjadi ibu kepada Nana. Nana tahu Mummy susah nak luahkan apa yang tersimpan dalam hati Mummy sebab Mummy selalu pendam sendiri tetapi kita sama.
"Nana sentiasa doakan Mummy murah rezeki dan berjaya dalam apa sahaja yang Mummy lakukan dalam hidup Mummy. "Terima kasih kerana sudi menjadi role model dalam hidup Nana, turun naik dalam kehidupan Mummy banyak memberi pengajaran dalam hidup Nana untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada di depan mata, tidak pernah rasa tidak mencukupi dari segi kelengkapan harian Nana," tulisnya di Instagram.
|
Zeatyisaac replied at 18-8-2022 04:05 PM
Ridzuan Hashim dulu takde anak dengan first wife dia kan? Zubaidah atau Zuraidah nama first wife Rid ...
Safirania replied at 18-8-2022 11:01 AM
Teringat zaman dulu2 tengok dlm melodi dia nangis2 lepas cerai dgn ex. Kita yg tengok pun tumpang se ...
Moyangkucing replied at 18-8-2022 05:06 PM
Sejuk hati mak baca penghargaan dari anak2... King pun biawak gak ya..?
rosedemon replied at 18-8-2022 11:25 AM
cantik didie ni zaman moda2.
ADVERTISEMENT