CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Diikat Bukan Sebab Meragut, Tapi Ganggu Adik Perempuan

18-8-2022 07:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1549| Komen: 1

Tindakan seorang lelaki mengganggu seorang gadis membawa padah apabila dia diikat abang gadis itu dalam kejadian di Gombak, pada Ahad.

Kejadian itu turut tular selepas rakaman video berdurasi 13 saat menunjukkan lelaki dalam keadaan terikat duduk di tepi sebuah kereta peronda polis dimuat naik di media sosial.


TikTok

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed mengesahkan menerima maklumat suspek berusia 21 tahun diikat oleh seorang lelaki yang tidak puas hati kerana suspek mengganggu adik perempuannya.

"Bapa remaja perempuan itu tidak mahu membuat laporan polis kerana mengenali suspek dan keluarganya.


"Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan salah faham berkenaan secara baik," katanya dalam kenyataan malam semalam.



Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan video yang tular itu adalah kes peragut ditangkap.

Katanya, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes ragut di kawasan berkenaan pada masa itu.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 18-8-2022 10:23 PM
dalam otak kaka bayangkan isteri pertama madu jusa c minus ikat penganggu rumah tangga, ikat kat pokok kerengga sambil kerengga ada sarang celah daun turun rombongan cik kiah ke nilai beli karpet melalui  dahan2 pohon.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.043886 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top