CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Apa Yang Crackhouse Buat, Mereka Tanggunglah - Afdlin Shauki

18-8-2022 07:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1398| Komen: 3

Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berkata, berita pemilik Kelab Komedi Crackhouse disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan perniagaan di mana-mana premis di ibu negara itu adalah sesuatu di luar bidang kuasanya.


Menurut Afdlin, jika sekiranya mereka terbukti bersalah, mereka perlu menanggung akibatnya.


IG Afdlin

"Apa yang mereka (Crackhouse) buat, mereka kena tanggung.

"Cuma, saya nak tanya, adakah di mahkamah, mereka sudah dijatuhi hukuman? Kalau mereka cakap, ia kerana tak ada lesen, tutuplah kerana tak ada lesen.


"Cuma, siapa sebenarnya pemantau nilai murni (morality police)?," katanya.

Tambah Afdlin, apa yang berlaku turut membabitkan putar belit sesetengah pihak yang mempunyai agenda masing-masing.

"Pada saya, apa yang salah, tetap salah. Kita harus jatuhkan hukuman kepada orang itu.

"Benda ini adalah hasil putar belit orang yang nak menggunakan isu ini sebagai isu politik.

"Sebab apa? Sebab harga barang tengah naik. Jadi, 'Mari kita tutupkan dengan benda ini', 'Mari kita hentam Afdlin'," katanya.

Terbaharu, Afdlin kini bakal muncul dalam drama bersiri sains fiksyen berjudul AI.5YA yang turut membariskan barisan pelakon antaranya, Mia Sara Shauki, Zizan Razak, Faradhiya, Ako Mustapha, Elly Arifin dan ramai lagi.

Selain sebagai pelakon, Afdlin juga bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip untuk drama bersiri yang akan ditayangkan di platform Viu bermula esok itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 18-8-2022 10:31 AM
kenapa aku mcm rasa statement dia belit2
Quote KamikuP 18-8-2022 04:01 PM
Ko dah tak relevan mohon sengap
Quote Harley_Quinn 18-8-2022 04:05 PM
X fhm dia kaitkan dgn politik? Harga barang? Wrtawan tnya ap kt dia smpi gitu dia nk pusing

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.077135 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top