CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Memang Segaja Buat ‘Live’ Solat, Nak Tunjuk Kat Netizen Yang Mengata Saya Jahil – Ifa Raziah

18-8-2022 01:32 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 8494| Komen: 82





Penyanyi dangdut sensasi, Ifa Raziah kembali menjadi bualan ramai ekoran membuat siaran langsung dirinya sedang bersolat baru-baru ini.

Menurut Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah, 47, dia bertindak demikian kerana geram dengan tuduhan segelintir netizen yang sering mempersoalkan tentang amal ibadahnya selama ini.

“Memang saya nak menunjuk kepada umum yang menuduh saya mencabar Allah, ahli neraka dan tidak solat. Jadi, saya tunjuklah bahawa saya menunaikan solat dan menjaga hubungan dengan Tuhan.



“Semua itu untuk membuktikan saya bukan seperti yang dikatakan netizen. Walaupun saya hina pada pandangan manusia, Insya-Allah tidak pada-Nya,”

"Ada mengatakan saya ini seorang jahil dan ahli neraka. Kalau saya ahli neraka, ya mungkin memang sebab tidak layak masuk syurga sebab orang layak itu adalah mereka yang mengata saya" katanya kepada Kosmo ketika di temubual pada majlis pelancaran Wonder Suit by Jovian yang diadakan pada Rabu.



Mengulas lanjut, dia turut menegaskan individu yang mengecam tidak pernah tinggal sebumbung dengannya apatah lagi mengetahui setiap ibadahnya.

“Mereka yang cakap saya macam-macam, seperti mereka duduk serumah pula dengan saya.

“Tak perlulah nak menghakimi sesuka hati kehidupan saya. Namun, benda begini jika tidak menunjuk, orang tak akan percaya.

“Saya akan cuba untuk perbaiki kelemahan diri. Hidayah semuanya datang daripada Allah dan hanya Dia yang tahu perkara terbaik untuk saya,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, tanpa disedari ramai, banyak perubahan yang berlaku kepadanya terutama berkaitan perihal ibadahnya.

“Sehingga hari ini, banyak perubahan yang berlaku kepada diri saya termasuk amal ibadah cuma saya belum berhijab saja lagi.

“Itu saja satu dosa besar yang belum saya lunaskan lagi, yang lain semua alhamdulillah,” jelasnya.


Pelantun lagu Ser..Ser..Ser.. itu juga belum terfikir untuk memaafkan pihak yang mengecamnya selama ini, sebaliknya berharap dipertemukan untuk bersemuka pada hari pembalasan kelak.

“Maafkan, tidak. Nak sekolahkan mereka juga tidak.

“Tunggu saja di Padang Mahsyar nanti,” tegasnya.

Terdahulu, Ifa telah mencetus kontroversi apabila video dia bergelek dalam majlis aqiqah menjadi tular dan mendapat teguran beberapa pendakwah seperti Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan Ustazah Asma’ Harun. - CARI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Imkhai 18-8-2022 02:03 AM
Ape2 jela labu bosan ya amat cite ko je manjang semenjak dh kaya ni bkn main lg ko brlagak org tegur sbb syg ko gi umrah dh bnyk kali ikotkn patut berubah ni x mnjadi jadi lg perangai org ilmu agama tegur pon ko lawan blk tu product kurus ko tu bkn ke ada kes xblh jual tu ape mcm ko nk mnjwp kt sana nnt
Quote Rogue98 18-8-2022 02:10 AM
bodoh gak dia ni....
Quote dudaberhias 18-8-2022 02:17 AM
ok la tu sesekali retis nak menganjing netizen...
kaka nak biar jah makcik menopos ni nak buat apa pun...
sebab in the end heshe kena kecam jua...
Quote Black_Punk 18-8-2022 02:18 AM
Pmpuan kalau dh kurus mmg auto jd bengap gini ek? Pakai baju mcm sarung nangka ingt lawa ke? Tak link lgsung dgn umur yg dh kertu. Bwk2 lah betobat makcik. Potong perut tu mmg dah haram (sbb bukan gemuk yg memudaratkan nyawa pun), pstu dh kurus makin seksi joget sana sini pulak. Jomlah kita berjemaah mendoakan dia gemuk n gundu balik.mana tau nk senonoh sikit pakaian n perangai tu.
Quote Nunie 18-8-2022 03:23 AM
"sy belum berhijab" itu sj dosa besar yg sy blm lunaskan....

Fuhhh.. yakinnya kamu..sebetulnye bkn blm berhijab..yg btl is blm menutup aurat. Kalau ko pakai tudung, tp baju ikut body..ngamngam bentok bontot..pastu bergelek2 goyang bontot..sama je la ipa oiiiii..ko kena faham, hijab bukan isu utama.

Lebih kepada menutup aurat & jg tingkah laku..

Haaa gituuu..sekian dari acik yg br balik dari usrah.
Quote kiah_mai_pulak 18-8-2022 03:40 AM
bila otak tertinggal dalam sarung ko.pek,  jadilah mcm ipahh roziah ni
Quote Acikgomen 18-8-2022 04:06 AM
Nunie replied at 18-8-2022 03:23 AM
"sy belum berhijab" itu sj dosa besar yg sy blm lunaskan....

Fuhhh.. yakinnya kamu..sebetulnye bkn  ...

Wowww acik lebih berminat nak korek gosip pasal chuols balik usrah pukoi 3pagi
Quote akuMNdia 18-8-2022 07:11 AM

dia pernah cerdik ke?

Quote SANKURIANG 18-8-2022 07:32 AM
Buat apa di scoop citer dia i, si Kri, Si Long 7e, si baby shima tu semua??? Makin menjadi jadi la, sebab netizen layankan. Sorang lagi si anak normah tu....apa benda 6g dia jual gentel2 masuk botol harga botol kosong tu baru 5sen, jual jamu sampai rm50. Aku pelik ada lak yg layan tu. Macam korang ni dah tak ada ilmu.
Quote tuntasha 18-8-2022 07:34 AM
KakKM mana KakKM. Senyap je
Quote buragazz 18-8-2022 07:37 AM
Alahai Seripah.. ko memang jahil la.. the fact that kau nak balas2 tunjuk ko solat bagai kerana nak get back kat netizen... apooo... kampung.com sangat...
Quote Rachel_Green 18-8-2022 07:46 AM
Edited by Rachel_Green at 18-8-2022 07:54 AM

sapa suroh ko jadi artis??ada orang paksa letak pisau kat tengkuk soh jadi retis????..kalau dah jadi retis memang kompom la jadi perhatian netizen kak oiii..kalau tak nak dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai..kalau taknak netizen tegur ,berenti jer jadi artis..ramai jer kat luar tu lagi daring dari kak iffa..tapi sebab diaorang bukan artis..takder sapa nak kecam kat socmed dia..aman2 jer diaorang tunggang langgang hidup ..hahhh gitewwww..
Quote katak hijau 18-8-2022 07:49 AM
Kesian this bidge trying too hard
Quote meteorspeed 18-8-2022 07:54 AM
Rogue98 replied at 18-8-2022 02:10 AM
bodoh gak dia ni....

Kalu cerdik dok la jadik retis
Quote chicmushroomkd 18-8-2022 08:09 AM

let her be. sok kalau kena panah petir tengah bergelek, lantakkan je
Quote redz85 18-8-2022 08:12 AM
selalu nya orang buat dosa sembunyi sembunyi.. beza nya kau buat terang terang..
Quote awenda507 18-8-2022 08:12 AM
Lain kali jgn amik port cerita psl dia ni
Quote noorazurams 18-8-2022 08:18 AM
Bertingkat2 tunjuk kebodohan diri sendiri. Diam itu lebih baik.
Quote kwekkwek 18-8-2022 08:25 AM
Black_Punk replied at 18-8-2022 02:18 AM
Pmpuan kalau dh kurus mmg auto jd bengap gini ek? Pakai baju mcm sarung nangka ingt lawa ke? Tak lin ...

hahaha...ada betulnya tu

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.171709 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top