CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lagu Tular Lebih Dapat Sambutan, Black Hanifah Menyampah Tengok Penyanyi Kelahiran Media Sosial

17-8-2022 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3764| Komen: 30

Lambakan penyanyi baharu yang diangkat menerusi media sosial sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada industri muzik tanah air.

Berkongsi pandangan mengenai perkara itu, penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad, 34, berkata pelapis baharu sepatutnya digilap bersandarkan bakat dan bukan populariti di media sosial semata-mata.

Foto: IG

“Saya bermula menjadi penyanyi pada usia 10 tahun... untuk menjadi penyanyi sebenarnya bukannya jalan yang mudah perlu saya lalui, macam sekarang ini banyak penyanyi yang lahir daripada media sosial.

“Yang mempunyai bakat menyanyi tu okay tapi yang tak boleh menyanyi tetap diangkat menjadi penyanyi, ia akan merosakkan industri muzik tanah air.




“Kami selaku penyanyi yang berada lama dalam industri ini berharap agar pelapis baharu ini boleh menyanyi secara live dan bukan sekadar rakaman sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Black mengakui berasa sedikit sedih dan kecewa apabila hasil karya terbaiknya kurang mendapat sambutan berbanding lagu tular di media sosial.



“Sedih dan kesal tu memang ada cuma saya bersyukur kerana tidak semua yang kita lakukan akan menjadi... itu boleh dijadikan proses pembelajaran untuk memancing peminat.



“Saya minta kepada semua pendengar di Malaysia untuk menjadi seorang pendengar muzik yang baik serta tahu menilai karya dan sama-sama membantu penyanyi yang ada menaikkan industri muzik Malaysia,” katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 17-8-2022 05:40 PM
thats what we call peredaran zaman. zaman kau, zaman artis realiti tv. Zaman artis mee segera jugak. Now zaman media social pulak. terima saja lah.
Quote hanihan16 17-8-2022 05:57 PM
dah namanya waktu berputar dan zaman beredar. nak buat macam mana dah itu means yg ada pada saman sekarang. tak boleh la nak dengki deknon. ibaratnya penyanyi zaman hantar kaset odisen ke record company buat kenyataan menyampah dengan kemunculan artis realiti tv
Quote Tembikaigoreng 17-8-2022 05:58 PM
akuHavocczz replied at 17-8-2022 05:40 PM
thats what we call peredaran zaman. zaman kau, zaman artis realiti tv. Zaman artis mee segera jugak. ...

Betul kaka.... Artis yg perfect pitch pun bukan laku sgt jugak... Masyarakat sebenarnya nak cuci mata + enjoy² je... Takde masa nak buat penilaian bagai.... Lagu lirik ulang sampai 80 Kali pun Kita layan LOLL...
Quote whimsicalmusic 17-8-2022 07:07 PM
Ape mksd hashtag #hitampunsedap tu? Vocal ke ape
Quote bluecrystal 17-8-2022 07:11 PM
lagu terbaik dia yang dia cakap tu lagu apa..lagu ngko satu je yang aku suka..yang duet ngan malique tu..lagu lain2 kalau keluar radio..silap2 aku tukar siaran terus..suara nyaring sangat
Quote GegarVaganja 17-8-2022 07:18 PM
bluecrystal replied at 17-8-2022 07:11 PM
lagu terbaik dia yang dia cakap tu lagu apa..lagu ngko satu je yang aku suka..yang duet ngan malique ...

Lagi tu pun annoying bila masuk suara black ni.
Nasib ada suara di Malique.

Quote samshik 17-8-2022 07:19 PM
Nk je I olls ckp..  If xbp nak gojes.. Sila smart kn diri yer nakkkkk... Ikot mcm kaka sajat.. Ini dah mcm muko sepat hakak nengok ehh
Quote Nham22 17-8-2022 07:21 PM
Sayang. Black suara sedap.. Black.. Hafiz.. Hazama.. Semue suare sgt2x sedap.. Tp tula...kene extra effort tuk maintain.. Ni aku tgk kepam saja 3 org ni
Quote Kurex 17-8-2022 07:23 PM
Iols sebagai pendengar klasik.fm , tak terkesan takde artis2 sangkak, tak berbakat, tak berkaliber, murahan, sumbang
Quote DennisTrillo 17-8-2022 08:14 PM
Sejujurnya aku mmg xsuka suara ko black... dgr jer ko nyanyi rasa mcm ada lebah dok bersarang dlm telinga aku bingit giler...huhuhu
Quote Nunie 17-8-2022 08:25 PM
Aku pon menyampah black dgn lagu2 viral TikTok gelek Sana sini..tp dah knp ko yg suaRa sedap lunak merdu, dah xde lagu?come on la..buat lagu..come back..kena la put extra effort..takkan nk mengalah dgn retis viral TikTok gelek2 promosi murahan cam ratu pelat,  alipsekeri & antiSima??
Quote ashilalat 17-8-2022 08:55 PM
Musim komen isu yg sama ke skrg ni? Boringgggg
Quote September14 17-8-2022 09:08 PM
Tembikaigoreng replied at 17-8-2022 05:58 PM
Betul kaka.... Artis yg perfect pitch pun bukan laku sgt jugak... Masyarakat sebenarnya nak cuci m ...

Iol rasa dia maksudkan geng2 alep sokri, vida, ratu apa ntah yg tingtong tu… uols sngup eh dgr lagu n nynyian diorg?
Quote Tembikaigoreng 17-8-2022 10:18 PM
September14 replied at 17-8-2022 09:08 PM
Iol rasa dia maksudkan geng2 alep sokri, vida, ratu apa ntah yg tingtong tu… uols sngup eh dgr la ...

Lagu Vida daku terlayan jugakk LOLLL
Quote kukukatablog 17-8-2022 10:21 PM
penyanyi laki suara hafiz paling sedap
Quote inspektoremos21 17-8-2022 10:33 PM
Iols pun tak suka jugak set2 influencer ni semua tetiba nak jadi penyanyi pelakon pengacara apa bagai tapi terpaksa kena terima jugak sebab dah trend zaman sekarang memang mcm ni kan.. btw iols tgh scroll tiktok pastu keluar video budak2 AF1 perform masa kat konsert AF dulu. Bila tengok balik sekarang, ya ampun...hazabedah betul suara masing2. Taraf2 suara sajat, vida jahh
Quote chep 17-8-2022 10:36 PM
LATU YG CAKAP BUNYI SSS SSS SETIAP PERKATAAN TU KAH?
Quote puanserama 17-8-2022 10:46 PM
Mmm aku nyampah jugak kat bbnu tu. Tp Black, ko pon aku nyampah huhu
Quote nakkomenjugak 17-8-2022 11:18 PM
Ku bintang fofulerrrr kau bintang mee segeraaa~~

Aku lagi suka suara hazama dari ko


dan aku tak minat korang bedua.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.058565 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top