"Cara kita membuatkan orang fikir yang buruk-buruk."
Azwan Ali atau lebih popular dengan gelaran Diva AA mengakui sedih dengan penghinaan dilemparkan terhadapnya. Azwan dalam temu bual bersama Melodi berhubung isu kontroversi menghambur kata-kata kesat terhadap Azza Elite kerana sejadah ditempahnya lambat siap meluahkan rasa sedih dan marah sering dihina orang ramai. Pengacara sensasi itu juga meminta orang ramai meletakkan diri mereka ditempatnya.
“Orang cakap aku gini-gini… I really angry sebenarnya diorang akan diseret jugak, I don’t care! We are sharing the truth. Bila ada yang hina tu you put yourself in my shoes sebab I tahu I tak ada masalah dengan Azza. “Cara kita membuatkan orang fikir buruk-buruk. This air mata bukan air mata down tapi air mata blessed yang Melodi nampak. May God bless each and everyone of you, agreed our point whether you side Azza or side me,” luahnya kepada Melodi yang dipetik Xtra. Difahamkan, Azwan dan Azza telah berdamai dan saling bermaafan. Diva AA pun manusia juga, tidak selamanya kental jika berterusan dikecam dan dihina. - CARI
|
ADVERTISEMENT