CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahrain Berhasrat Tukar Kepakaran Dengan Malaysia

17-8-2022 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 461| Komen: 0

Bahrain berhasrat untuk bertukar kepakaran dengan Malaysia dalam membangunkan sektor air, elektrik dan tenaga boleh diperbaharui.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Elektrik dan Air Bahrain Yasser Ibrahim Humaidan ketika bertemu Duta Besar Malaysia ke Bahrain Shazryll Zahiran di pejabat menteri itu pada Selasa, lapor Agensi Berita Bahrain (BNA).


The Edge Market

Ketika pertemuan itu, Yasser dan Shazryll mengakui hubungan dua hala semakin kukuh antara Kuala Lumpur dan Manama serta kedua-dua mereka membincangkan cara untuk mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.

Hubungan dua hala antara Bahrain dan Malaysia telah terjalin sejak 1974, dengan pembukaan kedutaan Bahrain di Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada Julai 2019.

Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, eksport Malaysia ke Bahrain telah meningkat pada kadar tahunan 3.56 peratus, iaitu sekitar US$25.5 juta pada 1995 kepada US$61 juta pada 2020, manakala eksport Bahrain ke Malaysia meningkat pada kadar tahunan 13.1 peratus daripada US$31.7 juta tahun 1995 kepada US$688 juta pada 2020.

Sementara itu pada 2020, Malaysia mengeksport produk bernilai US$61 juta ke Bahrain, iaitu petroleum ditapis (US$8.39 juta), minyak sawit (US$6.98 juta) dan papan kayu (US$4.66 juta).

Bahrain pula mengeksport produk bernilai US$688 juta iaitu aluminium mentah (US$558 juta), petroleum ditapis (US$98 juta) dan kok petroleum (US$15.6 juta).

Sumber: BERNAMA



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.094580 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top