Seorang gadis menceritakan kembali pengalaman hitam yang dilaluinya pada tahun lalu apabila dia diganggu secara seksual oleh pensyarahnya.
Di Twitter, gadis ini mendakwa pada awalnya, pensyarah yang mengajar di sebuah universiti terkemuka di Johor itu telah menghantar pesanan kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp. Pensyarah tersebut memintanya menjawab soalan untuk kajian penyelidikan dan kajian yang dilakukan pensyarah berkenaan melibatkan isu yang agak sensitif. Dia terkejut melihat soalan-soalan yang terdapat dalam kajian tersebut berbaur lucah dan melibatkan seks.
Risau akan keselamatan dirinya, gadis ini tampil membuat laporan polis. Menerusi laporan polis yang dibuat pada Jun 2021, gadis ini mendakwa pensyarah itu ada menghubunginya melalui panggilan telefon dan mengajaknya melakukan onani. Dia sering bertanya soalan mengenai seks serta dia juga ada mengeluarkan perkataan lucah dan menerangkan beliau dalam keadaan sedang melakukan perbuatan beronani. "Dia meminta agar sama-sama melakukan perbuatan tersebut. Saya juga ada bertanyakan berkenaan kaji selidik ini dari pelajar senior, dimaklumkan mereka tidak pernah menerima survey yang dinyatakan." Difahamkan juga, pensyarah berkenaan dikatakan ada datang ke rumah dan menghubungi gadis ini memintanya untuk menarik balik laporan tersebut. Dalam rakaman suara itu, pensyarah terbabit berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Kisah yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata daripada mereka menasihati gadis ini supaya tidak menarik semula laporan tersebut. Bukan itu sahaja, mereka berharap agar tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap pensyarah terbabit. -CARI
|
ADVERTISEMENT