Pelakon yang kini menetap di Australia, Raja Ilya mencoretkan dedikasi kepada suami tersayang, Trent Garret yang disifatkan sebagai lelaki memahami apatah lagi sejak bergelar bapa lebih sebulan lalu.
Menurut Ilya, sebagai ibu dia memerlukan sokongan dan perkara itu hadir apabila suami isteri saling menyokong dan memahami. “Nasib laa dapat partner in crime macam Trent ni, kalau dia nampak muka Ilya macam DBKL je, tak yah suruh memang dia sendiri akan offer untuk tolong,” tulisnya menerusi satu hantaran yang dikongsi di Instagram. Ilya pada masa sama turut mendedahkan, suami terpaksa tidur berasingan sejak beberapa hari lalu bagi memberi ruang kepadanya untuk melakukan rutin harian seperti biasa.
“Tu satu lagi, kalau partner korang nak tidur asing masa ada newborn jangan sentap atau terasa ke apa, orang laki ni lain. “They need rest and peace more then us, lagi kita faham partner kita lagi bagus, elakkan dari salah faham dan gaduh-gaduh,” tulisnya lagi.
|
imthegirl replied at 17-8-2022 11:02 PM
Perfect betul body dia ni
wirazam replied at 18-8-2022 12:27 AM
Kulit dia dah putih Kan..dulu2 mcm X berapa sgt
ADVERTISEMENT