Penyanyi Mas Idayu mendedahkan menggalas tanggungjawab sebagai juri untuk program bakat nyayian kanak-kanak lebih mudah berbanding orang dewasa.
Jelas Idayu atau nama asalnya Masidayu Mesnum, 50, hal ini kerana kanak-kanak lebih telus dalam menerima teguran. “Menjurikan kanak-kanak lebih mudah berbanding menjurikan bakat orang dewasa kerana hati kanak-kanak ini mereka lebih tenang untuk menerima teguran saya, sebab itu saya suka bila diberi tanggungjawab sebegini. “Sebabnya kanak-kanak ini ada hati yang telus, mereka lebih tenang dalam menerima teguran, kalau dewasa mereka sudah matang jadi banyak hal yang saya perlu jaga termasuk perasaan mereka.
“Namun berbalik kepada tugas dan tanggungjawab saya, dimana kalau memang ada perkara yang tidak betul saya akan terus menegur, kalau tak tegur pula nanti kanak-kanak tersebut akan ulang lagi kesalahan setiap minggu,” ujarnya kepada Gempak selepas siaran langsung program MeleTop di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada Selasa. Mas Idayu bertindak selaku juri tetap dalam program nyanyian kanak-kanak Ceria PopStar Xtra selain ditemani oleh seorang lagi juri tetap iaitu Johan Raja Lawak.
|
ADVERTISEMENT