|
Seorang jurugambar meluahkan rasa terkilan terhadap sepasang pengantin baharu yang tidak mampu membuat pembayaran kepadanya meskipun mengadakan majlis perkahwinan di hotel mewah, lapor laman berita Suara.com.
Berdasarkan klip video yang dikongsikan, jurugambar tersebut berkata, pelanggannya berkahwin di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Bekasi, wilayah Jawa Barat. Pasangan pengantin itu juga dikatakan berasal daripada golongan berkemampuan berdasarkan keadaan majlis perkahwinan yang diadakan. “Hati saya berasa amat sakit kerana pandangan saya terhadap mereka tidak sama dengan realiti yang berlaku.
“Semua kerja keras, waktu dan tenaga kami tidak dihargai,” kata jurugambar berkenaan.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.024570 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.