CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Netizen Serang TikTok Peminat Perempuan Gara-Gara Peluk Meerqeen

17-8-2022 03:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2274| Komen: 10|Original author: Tatod

Sumber Oh My Media


Siapa sangka, gandingan menerusi drama Melur Untuk Firdaus mencipta fenomena tersendiri dalam kerjaya seni buat dua pelakon baharu iaitu Meerqeen dan Anna Jobling.

Lebih manis lagi apabila lakonan yang ditampilkan menerusi naskhah tersebut turut diterima baik penggemar drama di Indonesia.


Kedua-dua bekas peserta Hero Remaja dan Dewi Remaja itu sedang berada di Indonesia bagi memenuhi jemputan temu bual stesen televisyen serta beberapa program lain termasuk sesi bertemu peminat.

Pun begitu, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang gadis dikenali sebagai Syilalaaaaa di TikTok mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan peminat apabila Meerqeen membalas pelukan peminat itu.


Tindakan gadis itu memeluk aktor tersebut mengundang kritikan dan kecaman netizen. Menerusi hantaran seterusnya, dia memohon maaf dan menjelaskan sudah meminta izin dan dipersetujui oleh Meerqeen.

"Sorry, sebelum itu saya sudah meminta izin dan mereka kata boleh," tulisnya.

Netizen turut menasihatkan Meerqeen agar menjaga batasan mengelakkan dirinya menjadi bahan kecaman orang ramai. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 17-8-2022 03:45 PM
marah peminat merqeen
Quote nakkomenjugak 17-8-2022 06:04 PM
halahhhhhh korang kalau diberi can peluk si meqen ni punnn
mesti nak jugak kannnnnn
behave kononnnnn
Quote Mary_jane 17-8-2022 06:32 PM
Over nya lah peminat, sampai retis kena control itu ini.  Euwww sangat.
Quote Incanto 17-8-2022 06:51 PM
peminat Msia ke Indon ni?
Quote mecdi 17-8-2022 06:54 PM
Tunggu lps ni video dicium komika indonesia Kiky Saputry plak....tengok sapa yang kena kecam.
Quote ketupatnasi 17-8-2022 07:00 PM
nakkomenjugak replied at 17-8-2022 06:04 PM
halahhhhhh korang kalau diberi can peluk si meqen ni punnn
mesti nak jugak kannnnnn
behave kononnnn ...

Ni yang benornyaaaa.. terus hilang ingatan macam acik lydiawati dulu

Budak tu berlakon pun memang peluk2 je heroin...tade la pelik pun.
Quote anilanil 17-8-2022 09:17 PM
Pompuan tu ori ke copy ori kayak luna lucinta?
Quote jalfa 17-8-2022 09:19 PM
Tak pe.peluk berlapik kata sesetengah penganut
Quote mendeluk 17-8-2022 09:23 PM
Video dah remove. Mana nak tengok?
Quote oklatu85 17-8-2022 09:53 PM
aiyooo gelebah sungguh la peminat ni, igt merqeen tu suci sngat ke, kalau tak, tak adalah semedang gambar pegang2 dengan si anna tue

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.047132 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top