CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Termakan Janji Manis Rakan Wanita Ditipu RM96,000

17-8-2022 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 987| Komen: 1

Gara-gara termakan janji-janji manis oleh rakan wanita yang dikenali sejak 30 tahun lalu, seorang lelaki warga emas berumur 69 tahun kerugian RM96,000.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintenden Mohammad Shofee Tayib berkata,  suspek yang berusia 40 tahun berjanji kononnya akan mendapatkan wang berjumlah RM1.4 juta dari luar negara.

Mangsa mengenali suspek terputus hubungan sejak 20 tahun lalu dan berjumpa kembali pada 2018 di Pontian, seterusnya menjalinkan persahabatan mereka semula.


Hiasan

Suspek meminta mangsa meminjamkan wang bagi tujuan pembayaran kepada peguam, cukai kepada bank dan lain-lain dengan mangsa dijanjikan akan mendapat sebahagian daripada 1.4 juta itu.


“Mangsa yang percaya kepada suspek menyerahkan wang berjumlah RM96,000 secara berperingkat-peringkat bermula pada tahun 2018 hingga 2020,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Namun, sehingga kini mangsa belum menerima sebarang bayaran yang dijanjikan dan suspek juga menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi lagi.

“Mereka berdua sudah lama berkawan, bukan ‘girlfriend’ hanya kawan biasa, tetapi berjumpa semula pada tahun 2018 dan ketika itulah hubungan mereka bersambung kembali,” ujarnya.

Menyedari mangsa telah ditipu rakan wanitanya, dia telah membuat laporan di Balai Polis Pontian semalam bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan wanita tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta denda.

Beliau menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan tawaran mendapatkan wang dengan mudah dan tidak masuk akal yang akhirnya merugikan diri mereka. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AminBuckley 23-12-2024 04:19 PM
Edited by AminBuckley at 24-12-2024 03:00 PM

Roo Casino provides a fun and versatile online gaming experience, tailored for both new and seasoned players. With a diverse game library that includes slots, table games, and live dealer options, it ensures a variety of entertainment for roocasinoau.com users. The casino offers appealing promotions and a rewards program designed to keep players engaged. The platform features a clean and straightforward design, allowing for easy navigation on both desktops and mobile devices. Customer support is available through live chat and email, ensuring players can get help when needed. However, withdrawals can sometimes take longer than expected, depending on the chosen method. Additionally, players should carefully review the bonus terms to fully understand wagering requirements before opting in.


Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.294271 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top