CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pernah Tular Antara Orang Tua Berani Suntik Vaksin-AyahPa Meninggal Dunia, Sampi Akhir Hayat Tak Dijangkiti Covid19

17-8-2022 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1395| Komen: 6

Kisah lelaki warga emas ini pernah tular tahun lalu kerana menjadi antara individu tertua di Malaysia yang menerima suntikan vaksin Covid-19.

Jaafar Awang Mat ketika itu berusia 105 tahun memegang poster 'Saya telah divaksin' di pusat pemberian vaksin (PPV).

Namun siapa sangka, selepas lebih setahun ceritanya menjadi perhatian rakyat Malaysia, Jaafar yang lebih dikenali sebagai AyahPa meninggal dunia pada Isnin.

Cucu Jaafar, Noor Azriena Syamsuri Md Nor mengesahkan berita mendukacitakan itu kepada mStar dengan memaklumkan datuknya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.35 malam.

Foto: Harian Metro


Lebih dikenali sebagai Suri, katanya, AyahPa meninggal dunia pada usia 106 tahun akibat sakit tua di rumahnya di Kampung Pulong di Kubang Kerian, Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat! Usia 105 tahun, sikit pun tak 'termakan' cakap kawan anti vaksin di kedai kopi... selamat dapat suntikan pertama - "AyahPa kata dia okay"

"Tok ayah (panggilan datuk) menghidap penyakit paru-paru kronik sejak tiga tahun lalu. Dia okay, cuma seminggu dua ni dia tenat.

"Dia letih dan tak ada selera nak makan. Dia hanya berehat di rumah berbanding sebelum ini sering ke sana sini menunggang basikal," katanya kepada mStar.

Wanita berusia 34 tahun itu memberitahu, datuknya masih bercakap dengan ahli keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib.

"AyahPa cakap dia nak tidur. Kami dapat rasa pernafasannya agak laju dan sempat ajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

"AyahPa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Kenali di Kubang Kerian pada pukul 11.45 malam hari sama. Alhamdulillah kesemua ahli keluarga tinggal di kawasan sekitar, jadi ramai yang datang untuk pengebumian," katanya mengenai datuknya yang meninggalkan tujuh anak, lebih 35 cucu dan lebih 30 cicit.

Berkongsi momen terakhir bersama AyahPa, Suri berkata, tiada perubahan berlaku kerana datuknya seperti bersedia untuk 'pergi'.

"Sehari sebelum AyahPa meninggal dunia, dia berpesan supaya tolong jaga rumahnya. AyahPa kata 'Tolong jaga rumah aku, aku dah nak pergi'.

"Sebagai cucu mahupun ahli keluarga lain, kami tahu AyahPa dah uzur. Mungkin itu jugalah tanda hari-hari terakhirnya," katanya mengenai rumah yang didiami AyahPa di Kampung Pulong sejak 2006.

Suri berkata, neneknya telah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Mengulas lanjut, Suri memberitahu dia yang tinggal bersebelahan dengan rumah datuknya turut menjaga arwah serta menghantar makanan.

"Setiap kali jumpa, AyahPa selalu pegang tangan anak-anak dan cucu cicit, seperti tak mahu orang tinggalkan dia. AyahPa seorang yang sangat mesra terutama dengan kanak-kanak.

"AyahPa juga pencinta haiwan, selalu beri makanan kepada kucing-kucing," katanya mengenai datuknya yang dahulunya merupakan penjual kuih.

Mengenai suntikan vaksin Covid-19 yang diambil datuknya secara sukarela, Suri berkata, arwah lengkap dengan dua dos vaksinasi.

"Keadaan kesihatan AyahPa okay selepas mengambil suntikan vaksin kecuali tempoh sebulan terakhir dia tenat kerana sakit tua selain penyakit paru-paru.

"Sejak pandemik pada 2020, AyahPa tidak pernah dijangkiti Covid-19 sehinggalah ke akhir hayatnya, syukur Alhamdulillah. Sama-sama kita mendoakan AyahPa," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolita737 17-8-2022 12:31 PM
semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..aamiin.
Quote Manjahati 17-8-2022 12:34 PM
Moga ditempatkan bersama para solihin
Quote supernaturalee 17-8-2022 01:00 PM
lbh seabad usia onyang

moga diampunkan dosa2 dan ditempatkan diklgn org beriman
amin
Quote cap_ayam 17-8-2022 01:13 PM
Salam takziah buat waris..
Quote Artemesiaa 17-8-2022 01:18 PM
Takziah buat keluarga beliau
Quote Belibis 17-8-2022 03:58 PM
Takziah..apa nak dibanggakan? Tak kena kobid,tak bermakna tak dijemput ajal.kalau tak cucuk pun,belum tentu kena kobid.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.047809 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top