CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Mengaku Nampak Anak Bergayut Sambil Cas Telefon Sebelum Mati Direnjat Elektrik

17-8-2022 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2129| Komen: 14

GUA MUSANG – Seorang wanita sempat melihat anak keempatnya, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, 12, berbual di te­lefon ketika hujan lebat sebelum kanak-kanak berkenaan ditemui tidak sedarkan diri akibat ter­kena renjatan elektrik di Kampung Baru Su­ngai Raya Luar.


Bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, 54, berkata, isterinya, Siti Noraini Rashid, 41, memberitahu, anak keempat daripada lima beradik itu berbual dengan rakannya sambil mengecas telefon.

Katanya, ketika kejadian hujan lebat dan dia sedang menunaikan solat asar di surau berhampiran rumahnya sebelum terdengar bunyi dentuman petir.

Foto: Utusan Online

Tambahnya, dentuman berkenaan turut mengakibatkan tenaga solar di rumahnya terpadam.


“Kira-kira 15 minit selepas dentuman itu, isteri memaklumkan anak keempat kami pengsan di tempat tidur sebelum bergegas pulang dan mendapati Nur Asyqin tidak sedarkan diri.

“Saya dapati ditangan kanannya terdapat telefon serta pengecas telefon berdekatannya. Malah tangan kanan Nur Asyqin juga terdapat kesan lecur selain terdapat kesan terbakar pada tilam tempat tidurnya,” katanya semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, Nur Asyqin Qistina ditemui tidak sedarkan diri di atas tilam di bilik tidurnya dengan kesan melecur pada bahagian lengan.

Dalam pada itu, M. Nor Zawawi berkata, sikap tidak endahkan hujan dan petir mengakibatkan murid tahun enam sebuah sekolah di Kuala Betis di sini mene­mui ajal.

Katanya, dia tidak menyangka kejadian itu mengakibatkan mereka kehilangan permata hati dalam sekelip mata

“Saya tidak mengesan sebarang perubahan terhadap dirinya kerana dia seorang periang dan peramah dengan ahli keluarga.

“Kami sempat makan te­ngah hari dan berbual bersama selepas dia pulang dari sekolah kira-kira pukul 4 petang sebelum saya ke surau untuk menunaikan solat asar,” jelasnya.

Sehubungan itu, M. Nor Zawawi berharap tragedi yang me­nimpa anaknya dapat dijadikan pengajaran kepada orang ramai supaya tidak bermain telefon ketika hujan atau ribut petir.

Katanya, ibu bapa harus me­ngawasi aktiviti anak-anak ketika ribut petir supaya kejadian me­nimpa anaknya tidak berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kematian Nur Asyqin kesan renjatan elektrik daripada kejadian panahan petir terhadap penyongsang solar di rumahnya kira-kira pukul 4.50 petang.

Tambah Choon Foo, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ilahaz 17-8-2022 04:05 PM
Allahuakbar,  salam takziah pd keluarga
Quote anony-mous 17-8-2022 04:07 PM
Entah la budak2 umur gini kalau parent ckp sekali dua bkn nk dgr
Quote mejaputih 17-8-2022 04:24 PM
Takziah buat parents..sure sedih sgt ..tp bagus masih berpesan dan bagi nasihat kat semua org...budak2 skrg ni tak lekang dek hp...rasanya family berada gak ni sbb rumah guna tenaga solar. Kos utk psg tenaga solar boleh tahan juga.
Quote edayildiz 17-8-2022 04:31 PM
seram..kalau guruh i dh letak hp jauh2...takut..tp smlm jerla guruh jgk kt sini i ttp dk bergayut..ok la insaf..xberani dh.
Quote Artemesiaa 17-8-2022 04:58 PM
Nasihat sejuta kali pun tak ada makna kalau tak ada yang ambil peduli
Quote ezacbee 17-8-2022 05:06 PM
Nasihat yg berguna tp sayang ramai yg xpedulik pun..
Quote umbut 17-8-2022 05:48 PM
Dah agak mesti guna hp waktu tgh cas..
Quote Skuau 17-8-2022 05:53 PM
edayildiz replied at 17-8-2022 04:31 PM
seram..kalau guruh i dh letak hp jauh2...takut..tp smlm jerla guruh jgk kt sini i ttp dk bergayut..o ...

tu la..bidalan akn bertukar...dgr guruh di langit..tolong letak hp jejauh...
Quote Skuau 17-8-2022 05:54 PM
umbut replied at 17-8-2022 05:48 PM
Dah agak mesti guna hp waktu tgh cas..

kalo xde petir..ok x???
Quote umbut 17-8-2022 05:58 PM
Skuau replied at 17-8-2022 05:54 PM
kalo xde petir..ok x???

X boleh jugak.. sebab aliran eletrik. Nak guna cabut dulu plug.
Quote ilacantik 17-8-2022 06:01 PM
Sesiapa yg ada rumah atas tanah, dah boleh invest utk pasang lightning rod. Semoga kejadian macam ni tak berulang kembali. Dalam rumah pun dah tak selamat kalau petir sabung-menyabung. Ingat masa meols kecik kat kampung, kalau hujan petir, tv semua kena katup siap cabut plug. Lepas tu dok diam2 atas katil. Tak boleh masuk bilik air main  air. Dok lah diam2 atas katil baca komik pedang setiawan.
Quote Skuau 17-8-2022 06:02 PM
umbut replied at 17-8-2022 05:58 PM
X boleh jugak.. sebab aliran eletrik. Nak guna cabut dulu plug.

sb aku selalu buat time tgk movie..tq infonya.
Quote surfin_net82 17-8-2022 06:31 PM
Ingatkan literally bergayut. Jenuh aku membayangkan position budak tu.

Lain kali nak solat ajak le anak tu solat sekali.
Quote Suchi 17-8-2022 06:41 PM
Adoi risaunya kalau dlm bilik tidur pun bahya ke? Tak call orang tp mcm budak2 ni main game ke apa?
Ke sbb tgh cas sambil bergayut di kala petir sabung menyabung?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.159586 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top