CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Juara Daki Gunung Dunia Mati Terjatuh Dari Gunung

17-8-2022 09:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1007| Komen: 2

PARIS – Seorang pendaki gunung ski yang pernah menang kejuaraan dunia dilaporkan meninggal dunia akibat terjatuh semasa mendaki Gunung Mont Blanc di Banjaran Alps Perancis, lapor portal berita MailOnline.


Adele Milloz, 26,  dan seorang rakan yang identitinya tidak didedahkan,  meninggal dunia ketika melalui laluan di puncak gunung itu menuju ke Aiguille du Peigne menjelang pukul 6.15 petang (waktu tempatan) Jumaat lalu, kata seorang pemandu arah.

Mayat mereka ditemui pada petang hari sama, manakala  pegawai-pegawai percaya, kedua-dua  pendaki menggunakan tali sama  ketika terjatuh.

Foto: IG

Punca kemalangan masih belum diketahui dan menurut pihak berkuasa, insiden itu masih disiasat.

Milloz yang membesar di sekitar Banjaran Alps, memenangi pingat emas kejohanan individu dan berkumpulan dalam acara mendaki gunung ski  pada Sukan Dunia Tentera Musim Sejuk di Sochi, Russia, lima tahun lalu.

Dia bagaimanapun  bersara pada 2019 dan bakal menamatkan latihan  untuk menjadi seorang pemandu arah profesional.

“Milloz merupakan seorang wanita muda yang berpotensi tinggi. Seluruh syarikat bersedih atas kematiannya hari ini (Jumaat lepas) ,” kata Pengerusi Company of Guides of Chamonix, Olivier Greber.

Beberapa aktiviti pendakian dilaporkan dibatalkan selepas kemalangan tragis itu.

Dalam pada itu, seorang jurucakap pertubuhan penyelamat High Mountain Gendarmerie Platoon berkata, gunung-gunung tinggi  di Banjaran Alps menjadi lebih berbahaya disebabkan musim panas dan kemarau yang melanda Eropah.

“Namun, akses untuk mendaki tidak tertakluk kepada larangan tertentu,” katanya.

Bulan lalu, pendaki-pendaki dinasihatkan agar menangguhkan pendakian mereka di Banjaran Alps berikutan keadaan kering yang berisiko menyebabkan kejadian runtuhan batu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MelahJanda 17-8-2022 10:00 AM
bukit tabur pun takleh daki sbb pendaki jatuh mati
Quote ibu_haritz 17-8-2022 10:05 AM
MelahJanda replied at 17-8-2022 10:00 AM
bukit tabur pun takleh daki sbb pendaki jatuh mati

wahh bukit tabur ni iols pernah daki pada 1994
batu situ tajam2..lps mendaki mandi dkt dam...kenangan gituwww

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.093239 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top