CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Saudara Direman Kanak-kanak 3 Tahun Maut Didera

16-8-2022 10:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1088| Komen: 2

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai didera ketika dalam jagaan pengasuhnya di Mutiara Magna, Kepong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima maklumat kejadian kanak-kanak meninggal dunia pada jam 12.01 tengah hari.


Gambar hiasan

Menurutnya, kematian mangsa disahkan oleh pegawai paramedik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang berada di lokasi.

"Pasukan polis yang tiba mendapati mangsa terbaring di dalam katil kanak-kanak dan lengkap berpakaian.


"Pemeriksaan lanjut ke atas fizikal mangsa menemui kesan luka di dahi, mulut dan hidung selain kesan merah di bawah mata kiri, calar serta lebam di beberapa bahagian badan," katanya.

Susulan itu, beliau berkata, polis menahan wanita berusia 40 tahun yang juga pengasuh kepada mangsa untuk membantu siasatan.

"Siasatan mendapati suspek sudah menjaga mangsa sejak dilahirkan. Pengasuh itu adalah ibu saudara mangsa turut menjaga abang kanak-kanak itu yang berusia lima tahun," katanya suspek direman lima hari bermula hari ini sehingga 20 Ogos ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Sumber: Harian Metro


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annabellaruz2 17-8-2022 09:59 AM
klu tak suka, anta je ke rumah kebajikan..kenapa didera dan dibunuh....
Quote KamikuP 17-8-2022 12:26 PM
Bnagsa Cina ni kot katakau speku

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.153880 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top