CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tarik Kekasih Terjun Tebing Angkara Cemburu

16-8-2022 10:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 821| Komen: 0

Gara-gara cemburu, seorang lelaki menarik teman wanitanya dan terjun bersama-sama dari sebuah tebing sebelum mereka disahkan meninggal dunia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Pada hari kejadian 6 Ogos lalu, Selcuk Cetiner, 41 dan teman wanitanya Mehlika Derici, 35, dilaporkan menyambut hari lahir rakan mereka di sebuah restoran di Turki.


Foto: The Sun

Pasangan kekasih itu kemudian pergi ke sebuah lokasi popular, Asiklar Tepesi yang juga adikenali sebagai Bukit Kekasih. Selcuk dan Mehlika  turut disertai rakan mereka, Merve dan kekasihnya, Arda Tolunay.

Bagaimanapun, suasana romantik malam itu bertukar tragedi apabila Selcuk dan Mehlika bertengkar disebabkan perasaan cemburu.


Menurut Merve dan Arda, Selcuk menolak Mehlika sehingga terjatuh di atas tanah sebelum dia dibantu untuk bangun.

Lelaki itu kemudian menjerit: “Jika mahu mati, kita mati bersama.”

Belum sempat Mehlika bertindak balas, Selcuk merangkul pinggang kekasihnya itu dan melompat dari tepi tebing bersama-sama. Kedua-dua mereka mati selepas terjatuh dari ketinggian 25 meter.

Anggota paramedik bergegas ke lokasi kejadian, namun gagal menyelamatkan Selcuk dan Mehlika.

Mayat pasangan kekasih itu dibawa ke Hospital Awam Marmara Ereglisi, sementara polis merampas telefon bimbit mereka untuk siasatan lanjut. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.156358 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top