CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dirogol 3 Remaja Lepas Diumpan Makan Sate Di Damansara Damai

16-8-2022 10:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3463| Komen: 33

Perdaya untuk bawa makan sebelum seorang remaja perempuan dirogol bergilir-gilir oleh tiga remaja lelaki di sebuah rumah di Damansara Damai Jumaat lalu.

Itu nasib malang menimpa mangsa berusia 19 tahun apabila terpedaya dengan ajakan rakan lelakinya yang konon ingin membawanya makan sate.


Hiasan

Menurut sumber, suspek pada mulanya memberitahu mangsa yang dia ingin makan sate bersama dan meminta wanita terbabit datang ke rumahnya sekitar jam 1 pagi.

"Suspek memberi alasan ingin pergi bersama-sama menyebabkan mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus ke rumahnya.


"Bagaimanapun ketika tiba di rumah, suspek meminta mangsa masuk ke dalam terlebih dahulu," katanya.

Sumber berkata, tidak lama kemudian mangsa diminta masuk ke dalam bilik konon takut dimarahi rakan serumah suspek jika melihat ada wanita lain.

"Bagaimanapun nasib malang menimpa mangsa apabila dia diperkosa lelaki terbabit ketika berada di dalam bilik.

"Tidak cukup dengan itu dua lagi lelaki turut memperkosa mangsa," katanya.

Menurut sumber lagi, malah mangsa yang merayu dilepaskan nyaris dipukul dengan topi keledar.

"Mangsa yang ketakutan kemudian menghubungi rakannya meminta pertolongan selepas suspek keluar dari rumah itu.

"Remaja terbabit hanya dilepaskan sekitar jam 5 pagi sebelum diselamatkan rakan dan bapanya sebelum dia tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood mengesahkan kejadian itu dan ketiga-tiga suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 16-8-2022 10:21 PM
Ke suka sama suka?


Quote gigahertz 16-8-2022 10:41 PM
Ku suka kau suka
Nak tunggu apa
Kepala dah layan
Mata dah kenan
Masam manis pedas
Sesedap rasa
Tinggal kau nak kunyah
Ku cinta kau cinta
Nak tunggu apa
Apa nak jadi jadi
Live and let it be
Ku suka pakaian
Seragam hitam
Kau pun suka busana yang
Serba hitam
Itulah satu petanda
Jiwa kita sama dan serupa
Nak tanya siapa lagi
Kalau bukan hati mu sendiri
Zaman ini serba pantas
Lambat sikit kita kan dipintas
Takkan nak sampai mimpi
Baru nak kau pasti
sharlenetexas: Ke suka sama suka?


Quote matchstick 16-8-2022 10:43 PM
Ujung2 ko yg disate kan..dajjei sungguh la bdk jantan jaman skrg
Quote harkktuih 16-8-2022 10:47 PM
1 pagi ajak mkn sate? Umo 19 pun xleh pk ke..
Quote Mary_jane 16-8-2022 11:53 PM
Sendiri tak boleh fikir ke bahaya keluar 1 pagi? Pergi jumpa lelaki kat rumah plak tu.
Quote Carcosa 17-8-2022 12:14 AM
Kerana sate kau keluar dek?
Kalau Menate ke dia offer, meleleh la jugak airliur
Quote anony-mous 17-8-2022 12:44 AM
Jln cerita yg sama. Org ajk masuk rumah tgh2 mlm, semua ikut masuk. Bila dah masuk tu auto dilabel murahan so paham2 la. Mudah sgt dibawa masuk rumah
Quote Orenn1 17-8-2022 12:50 AM
Macam ni lah, klu anqk ada gr or bf, panggil dtg rmh kenal2 makan sama2 mcm family, pesan jaga diri baik2, jaga n support satu sama lain. Klu anak aku remaja nqk ada gf or bf aku terpaksa bagi je, tapi aku nak kenal2, tak bagi pun dorg menggediks jugak belakang kita baik kita bagi
Quote Adrif 17-8-2022 12:53 AM
anony-mous replied at 17-8-2022 12:44 AM
Jln cerita yg sama. Org ajk masuk rumah tgh2 mlm, semua ikut masuk. Bila dah masuk tu auto dilabel m ...

betul

what else rhyme with satey? innuendos sungguh.
Nak makan satey - pukul 1 pagi - di rumah lelaki ???

logik nya, who the heck makan satey pukul 1 pagi kat rumah orang, plus, rumah boyfriend??
lepas tu masuk dalam bilik? what do you expect woman? free food? late night date in a place where people SLEEP??

tak cukup dahi aku ni nak tepuk
kena pinjam dahi jiran sebelah nak tepuk
Quote zuuu 17-8-2022 01:47 AM
Makan sate pukul 1 pagi???di rumah rakan lelaki???terlebih innocent ke apa budak pompuan ni???
Quote star_karat 17-8-2022 01:59 AM
Damansara Damai bukan rumah flet ke? Kau pekik semua orang bangun. Ke tak pekik?
Quote lasagnaklcc 17-8-2022 02:10 AM
Akak yg duduk kajang ni pon tak jumpa kedai satey bukak sampai pagi buta dek.
Quote printercomel 17-8-2022 08:09 AM
kondo ke? ramai yang buat projek kat kondo area damai tu.
Quote TomyamPuteh 17-8-2022 08:10 AM
Takde plak dibagi tau sate apa. Sate Kajang ke? Sate Padang ke?.
Quote monreyes 17-8-2022 08:13 AM
harkktuih replied at 16-8-2022 10:47 PM
1 pagi ajak mkn sate? Umo 19 pun xleh pk ke..

kluar x minta izin la tu...
Quote encikWawad 17-8-2022 08:13 AM
yang dia suka tu leh tahan rupanya
yang merogol pecah roomah
Quote monreyes 17-8-2022 08:14 AM
mkn sate percuma hotdog...offer pkl 1 pagi je
Quote Prickford 17-8-2022 08:18 AM
"suspek pada mulanya memberitahu mangsa yang dia ingin makan sate bersama dan meminta wanita terbabit datang ke rumahnya sekitar jam 1 pagi".


Hurmmmm nak cakap perempuan tu bodoh pon kesian pulak sebab dah kena rogol kan. Tapi yg kau garit sangat nak keluar jugak terima pelawaan makan sate dengan jantan keparat pukul 1 pagi tu buat apa oiiiii.....


Quote 3chanceno 17-8-2022 08:21 AM
Akal letak pat mana dik kalau makan sate jam 1 pagi nie ko dah dewasa pun tak leh nak pikir ke?  Hadaplah 3 setan tu kena tahan di lokap

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.204372 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top