Konon sudah insaf, tetapi kembali menggunakan media sosial membuat ibu Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim panas hati.
Rozita dalam komen pada hantaran terbaharu Aliff memberitahu sudah tidak tahan menanggung fitnah ekoran perbuatan anaknya itu. Usahawan itu juga menyifatkan Aliff sebagai seorang yang tidak serik melakukan perkara mengundang kecaman orang ramai. Komen pedas Rozita itu dibuat selepas Aliff memuat naik video teaser lagu terbaharunya berjudul Baby Sayang yang akan dilancarkan pada 17 Ogos 2022.
Seperti menyindir netizen yang mengecamnya, Aliff yang mengenakan kemeja-T berwarna putih dan seluar jean tampil menari dengan sebatang kayu mop dalam video berkenaan. Dalam komen sama, Rozita terkilan dengan keputusan Aliff yang lebih mementingkan pihak pengurusan rakaman lagu tersebut berbanding teguran daripadanya. Rozita turut memberi amaran kepada Aliff agar tidak mencarinya sekiranya ternampak usahawan itu bersama wanita atau memegang mereka. Sebelum ini, Rozita pernah meminta agar Aliff memadam semua video tarian gelek di setia platform media sosial miliknya. Aliff pada Jumaat lalu sambil menangis tersesak-esak memohon maaf kepada ibu, isteri dan anak-anaknya selain memberitahu akan mengundurkan diri daripada media sosial. Usahawan itu juga mendedahkan dirinya seorang penghidap masalah kesihatan mental tahap dua sebelum bertindak memadam semua hantaran di Instagram. Sumber: mStar |
KBW2 replied at 16-8-2022 10:28 PM
Dah episod ke berapa drama anak beranak ni?
ADVERTISEMENT