CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Nasi Ayam Viral, Tapi Ambil Bahan Masakan Dari Restoran Bukan Islam? Halal Ke Haram Ni?

16-8-2022 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3945| Komen: 30

Sebuah kedai menjual nasi ayam didakwa mengambil bahan masakan dari sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong, Georgetown, Pulau Pinang.

Menurut jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP), pihaknya akan membuat semakan terperinci pada Selasa berhubung dakwaan tersebut.

Walaupun semakan telah dibuat pada Isnin, namun ia perlu dilakukan semula dengan lebih terperinci terhadap kedai makan tersebut.




"Kita sudah jalankan siasatan pada Isnin, namun akan menjalankannya dengan lebih terperinci hari ini (Selasa).


"Siasatan pada hari ini juga akan dijalankan bersama agensi lain. Kita akan maklumkan kemudian mengenai siasatan yang dijalankan nanti," katanya, Selasa.

Sebelum ini, tular klip video berdurasi 2 minit 38 saat berhubung dua lelaki dilihat memasuki sebuah restoran bukan Islam di Paya Terubong dipercayai untuk mengambil masakan nasi ayam dan menjualnya di gerai di Sungai Ara.

Perkara itu telah mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Muslim terutamanya pelanggan yang pernah membeli nasi ayam di kedai terbabit.

Difahamkan, setelah tular video tersebut, pemilik gerai telah menutup perniagaan mereka selepas dinasihati penduduk berdekatan.

Lebih mengecewakan, kedai itu tular dan mendapat perhatian ramai setelah ia mendapat liputan 'paid review' daripada seorang pempengaruh media sosial.

Bagaimanapun, pempengaruh tersebut telah tampil menjelaskan perkara sebenar yang mana, dia tidak mengetahui mengenai tuduhan tersebut dan hanya menjalankan tugas setelah dibayar untuk membuat 'paid review'.

Bimbang tuduhan tersebut akan mengeruhkan lagi keadaan, pempengaruh tersebut telah memadam video berkenaan.

Susulan itu, tular sebuah lagi video dipercayai daripada pemilik kedai yang menafikan tuduhan tersebut.

Namun, pemilik kedai terbabit menjelaskan bahawa mereka memasak makanan itu sendiri di sebuah premis di kompleks membeli-belah sebelum membawanya untuk dijual di premisnya. -CARI

Sumber: mStar/ Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bunnyj3lly 16-8-2022 12:19 PM
Asal orang pakai tudung meniaga, semua jadi HALAAAALLLL... Padahal tempat meniaga sebelah tempat sampah, ada taik kucing.. tepi longkang.. halaaaaalll...
Quote AKAZ85 16-8-2022 12:35 PM
Padan muka laa korang2 yang gigih nak makan tempat viral tu.. Halal haram semua bedal je.. Padan mukeeeee
Quote akies 16-8-2022 12:39 PM
Dh habis menjual..bawa tong nasi ..tray semua tu kedai cina.
Apek tu tolong basuh sekali ke?
Kembang tekak
Quote mojarean_X 16-8-2022 12:51 PM
Kalo korang perasan 90% owner2 kt food court di shopping complex dan opis2 yg gah sekitar lembah klang ni non malay. Just pekerja di barisan hadapan je indon bertudung. Kdg2 kt dlm tu ownernya jugalah lah yg memasak
Quote renko 16-8-2022 01:15 PM
kedai apa tu
Quote shernazz 16-8-2022 01:39 PM
mojarean_X replied at 16-8-2022 12:51 PM
Kalo korang perasan 90% owner2 kt food court di shopping complex dan opis2 yg gah sekitar lembah kla ...

Teringat kedai mycendol..
Beriya dalam fb page alhamdulillah bagai
Tibe lalu dapur...apek n amoi pakai seluar pendek atas lutut masak ayam.penyet n buat cendol kat belakang
Lepas kantoi..terus tutup kedai n pindah ke ampang katanya
Quote swimswim 16-8-2022 03:28 PM
Kedai nasi lemak tepi jalan pun byk mcm ni. Yg tukang jaga org indon, tp masa menghantar nmpk la Chinese yg drive kan.
Quote Skuau 16-8-2022 03:45 PM
mojarean_X replied at 16-8-2022 12:51 PM
Kalo korang perasan 90% owner2 kt food court di shopping complex dan opis2 yg gah sekitar lembah kla ...

ada benarnya...ada 1 'kedai mamak' kt usj...tauke dia cing cong...pekerja dia..indon ngn bangla...aku tau sb aritu tiber jer depa jaga [email protected] sgt cam depa tu tauke.
Quote cap_ayam 16-8-2022 03:48 PM
Skuau replied at 16-8-2022 03:45 PM
ada benarnya...ada 1 'kedai mamak' kt usj...tauke dia cing cong...pekerja dia..indon ngn bangla... ...

Cer citer cer citer usj nombor berapa..
Quote Artemesiaa 16-8-2022 03:49 PM
mojarean_X replied at 16-8-2022 12:51 PM
Kalo korang perasan 90% owner2 kt food court di shopping complex dan opis2 yg gah sekitar lembah kla ...

Dah lama tahu yang francies pun sama je tapi sesetengah dah ada sijil halal jadi ada je orang datang makan
Quote she 16-8-2022 04:05 PM
Gigih adik kedai tu buat penjelasan
Video tunjuk masak kat kedai Gurney Mall tu
Dengan gagap2 tunjuk cara masak

Alasan :
Anta bekas untuk dibasuh dikedai cina
Owner kedai cina tu kawan dia
Anta lebihan makanan jualan untuk diberi makan anjing
Sambil2 tukar duit kecil dari tokey cina

Bongok lah siapa yang percaya awek tu cakap
Hanya sebab dia muda melayu pakai tudung
Orang terima bulat2

Kenapa tak bawak balik bekas tu basuh di rumah
Kenapa nak kena hantar baki jualan ke kedai tu (baik bagi kucing jalanan makan)
Kenapa nak cuci bekas di kedai cina
Kenapa takda inisiatif untuk cari kedai melayu
Kenapa menyimpang jauh sangat nak pegi kedai tu (3 perjalanan tempat berbeza)

Paling best kan kedai cina tu jual menu yang sama dengan kedai melayu ni jual
NASI AYAM NASI ITIK
Hahahahaha
Quote shida81 16-8-2022 04:06 PM
Skang ni mkn kedai melayu pun x semestinya halal..
Haram jadah betul
Quote salimrock 16-8-2022 04:17 PM
aku pernah makan kedai kt siam, katanya halal, muslim food, tp ada jual beer

aku ada order daging, ( tk igt apa, tp ada daging dan daun bawang tu)

tgh 2 makan, sedap juga lembut, tp tiba2 sifat was2 bermain di fikiran ( hsautan syaitan la tu )


ntah2 ko makan babi ni salim, daging babi tu kot,

wa pn tiba2 was2 eh kalo babi cam mana ek? aku dah telan ni... tiba2 wa rasa loya cam nak telan..

wa pn kena tenang kan fikiran, dan yakinkan diri sendiri, ini adalah daging lembu, lalu dgn senang nya wa dpt telan...

Quote ainonymous 16-8-2022 04:18 PM
kedai apa yang viral ni?
Quote Skuau 16-8-2022 04:22 PM
cap_ayam replied at 16-8-2022 03:48 PM
Cer citer cer citer usj nombor berapa..

1 jer "kedai mamak' dlm/kt mall tu...
Quote atira 16-8-2022 04:25 PM
Edited by atira at 16-8-2022 04:29 PM

kedai nasi itik dan nasi ayam di sungai ara penang
owner melayu syumul katanye
atau owner tipu2 shj?
Quote cepheid 16-8-2022 04:26 PM

kedai nasi ayam itik kat Sg Ara, Penang. Signboard kedai tu nama cina C - Roast ke apa tah. Originally kedai tu memang Melayu pun lepas tu tutup lama dan owner baru ambil alih tapi ambil nasi ayam dan itik dari kedai cina kat Gurney Plaza
Quote cepheid 16-8-2022 04:27 PM
she replied at 16-8-2022 04:05 PM
Gigih adik kedai tu buat penjelasan
Video tunjuk masak kat kedai Gurney Mall tu
Dengan gagap2 tunjuk ...

Kat kedai Gurney Plaza tu siap jual babi panggang.
Quote atira 16-8-2022 04:32 PM
tak suka rasa itik

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.131716 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top