CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Tua Mati Semasa Cuba Selamatkan Diri Daripada Dirogol Duda

16-8-2022 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1524| Komen: 9

JAKARTA – Seorang warga emas di  Pulau Bali, Indonesia menemui ajal selepas hampir diperkosa seorang duda yang berusia 20 tahun lebih muda daripadanya, lapor laman berita Suara.com.


Mangsa yang hanya dikenali sebagai N, 66 itu hampir dirogol suspek, I Wayan Jambot, 44, yang merupakan jirannya sendiri.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, mangsa dan suaminya dikatakan pergi ke kebun untuk menebas rumput.

Foto: Istimewa


Pasangan warga emas itu menebas rumput di dua lokasi terpisah, yang turut disertai oleh suspek.

Ketika hendak mengangkat rumput ke atas kepalanya, mangsa meminta bantuan suspek yang kebetulan berada tidak jauh dari kedudukannya.


Selepas membantu, suspek tidak dapat mengawal nafsunya lantas cuba merogol mangsa. 

Mangsa yang cuba melawan akhirnya terjatuh dan tidak sedarkan diri. 

Keadaan itu kemudian disedari suaminya yang berlari ke arah mereka sebelum suspek melarikan diri.

Menurut pemimpin tempatan, I Wayan Putra, mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa pulang ke rumahnya yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum dihantar ke pusat kesihatan terdekat.

Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 11.20 pagi (waktu tempatan) dengan punca kematian masih belum dikenal pasti.

Mangsa dikatakan memiliki tiga orang anak dan lima cucu.

Sementara itu, Ketua Polis Rendang, Komisioner Polis I Made Punia mengesahkan kejadian itu dan menyatakan telah menahan suspek. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote encikWawad 16-8-2022 11:38 AM
serangan orang minyak?
Quote KamikuP 16-8-2022 12:27 PM
Hot nenek agiteww
Quote s@s@ 16-8-2022 01:02 PM
berita meragukan
Quote krustykrab 16-8-2022 01:05 PM
Kaum friskies...kt mana² pun jahat...ada hati nk suruh org layan baik²
Quote Belibis 16-8-2022 01:07 PM
Minta mbah priska bagi sepatah dua kata.
Quote Artemesiaa 16-8-2022 01:08 PM
Species macam ni ada je dimana2 negara
Quote mojarean_X 16-8-2022 01:14 PM
Belibis replied at 16-8-2022 01:07 PM
Minta mbah priska bagi sepatah dua kata.

Ari tu iols tanya soalan lebih kurang sama dibahasakan blk iols oleh beliau:
Screenshot_20220816-131258_Chrome.jpg
Quote supernaturalee 16-8-2022 01:17 PM
mojarean_X replied at 16-8-2022 01:14 PM
Ari tu iols tanya soalan lebih kurang sama dibahasakan blk iols oleh beliau:

ada baca jgk hr tu
mmg gelak2 je la
Quote nononcrux 16-8-2022 03:47 PM
dah lama aim ke tu...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.040972 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top