CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kasut LV Dicuri, Jimmy Shanley Perkenal Selipar CuriDose

17-8-2015 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 29739| Komen: 137

Oleh Adib Za

Siapa sangka selepas kasut Louis Vuitton miliknya dicuri, pengacara dan DJ Jimmy Shanley mendapat inspirasi untuk mengeluarkan produk selipar yang bernama CuriDose.


CuriDose merupakan bahasa slanga kepada perkataan "Curi Berdosa" kini mula mendapat perhatian dan sambutan daripada peminat Jimmy. 

(Sumber foto: truestory)


Bercerita tentang permulaan kepada perniagaan produk selipar ini, Jimmy berkata, 

"Saya berhenti di masjid sebentar untuk menunaikan solat kerana sudah masuk waktu. Selepas selesai solat, kasut bersama stokin saya tiada di tempatnya. Kedua-duanya lesap. Mungkin ada orang yang terambil kasut itu dan saya rasa bukan rezeki saya.

"Nama CuriDose itu sendiri menjadi peringatan kepada sesiapa yang selalu 'terambil' selipar yang bukan kepunyaan mereka. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat positif dan selain selipar, saya juga merencana untuk mengeluarkan baju, sweater dan tabung dari jenama yang sama," ujar Jimmy menerusi portal Murai. 

Memang satu nama yang kreatif, dalam masa yang sama mempunyai mesej tertentu. Semoga Jimmy terus sukses ya.  - CARI Infonet


13

Bagus
16

Marah
15

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 17-8-2015 07:19 AM
Bagus.. Berniaga.. Semoga sukses dengan perniagaan ni.
Quote Kak-Leen 17-8-2015 07:26 AM
Bagus berniaga.
Semoga barangan Curidose dpt membantu org ramai utk berhenti mencuri
Quote yusryimran 17-8-2015 07:29 AM
curlestt nama selipar dia hihi
Quote fuyupoktek 17-8-2015 07:34 AM
Insoff pencuri sliper tgk jenama
Quote aTiKah_aYuNi 17-8-2015 07:38 AM
Semoga sukses dengan perniagaan ni.
Quote joey_mcintrye 17-8-2015 07:41 AM
I like jenama dia. Very fresh....kipidap....ada jual mn eh?
Quote kenarihitam 17-8-2015 07:56 AM
Edited by kenarihitam at 17-8-2015 08:40 PM

Cantik gak selipar curidose nih.
Quote harkktuih 17-8-2015 07:58 AM
ala slipper jnis bersepah kat uptown..da mcm flipper jer..tukar nama..
Quote Lorra2411 17-8-2015 08:04 AM
kreatif juga si jimmy ni, curidose. nampak menarik.
Quote koliba 17-8-2015 08:07 AM
Jangan ambil sesuatu bukan hak kita!




AbuAqil Adnan

Islam merupakan agama yang menghormati hak individu yang lain dan amat melarang keras kita merampas dan mengambil sesuatu yang bukan hak kita. Banyak sekali hadis Nabi saw yang melarang perkara ini. Antaranya ialah :

Dari Ummu Salamah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya engkau sekalian selalu mengadukan persengketaan kepadaku. mungkini sebahagian darimu lebih pandai berhujah dari yang lain, lalu aku memutuskan untuknya seperti yang aku dengar darinya. Maka barangsiapa yang aku berikan kepadanya sesuatu yang sebenarnya adalah hak saudaranya, sebenarnya aku telah mengambil sepotong api neraka untuknya." ( Imama al-Bukhari dan Muslim)


Amat pelik bila kita dapati ada manusia yang tamak sanggup mengambil sesuatu yang bukan miliknya seperti tanah, wang ringgit dan sebagainya. Malah mereka sanggup menipu sehingga sanggup bersumpah untuk membenarkan penipuannya. Sungguh malang mereka ini kerana terdapat satu hadis mengenai perkara ini.

Sabda Rasulullah saw bersabda :

“Sesiapa yang merampas hak seorang Muslim dengan sumpahnya maka sesungguhnya Allah s.w.t telah memastikan neraka untuknya dan mengharamkan untuknya syurga.” Seseorang bertanya baginda: “Walaupun benda itu sedikit wahai Rasulullah?” Jawab baginda: “Walaupun sebatang kayu sugi.” ( Imam Muslim)

Hadis ini amat mengerikan kerana walaupun hanya mengambil sebatang kayu sugi yang tidak bernilai pun akan menghumbankan seseorang itu ke dalam neraka dan haram memasuki syurga..na’uzubillah.

Mungkin ada yang berkata “hadis di atas ialah merampas harta milik orang lain tapi kalau mengambil harta kerajaan tidak mengapa…”

Ungkapan itu tidak benar. Pengambilan sesuatu yang bukan hak kita sama ada dari individu muslim atau milik kerajaan adalah haram. Dalilnya ialah hadis hadis yang lain riwayat daripada Umar bin Khattab r.a. beliau berkata:

“Setelah selesai peperangan Khaibar ada segolongan di antara sahabat Rasulullah s.a.w. datang menghadap kepada beliau, kemudian berkata: “Si fulan itu mati syahid, dan si fulan itu mati syahid,” sehingga akhirnya mereka menyebutkan nama seorang laki-laki lalu mereka berkata: “Si fulan itu juga mati syahid.” Lalu Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak, sama sekali tidak. Fulan itu saya lihat dimasukkan ke dalam api neraka kerana menyembunyikan sehelai selendang atau (syak perawi hadits) sehelai baju kurung (daripada harta rampasan).” ( Imam Muslim)

Lihatlah…seorang yang mati berjihad di jalan Allah pun boleh tidak terlepas dari dihumban ke dalam neraka hanya kerana dia mengambil kain selindang milik rampasan perang.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah dan jangan sekali-kali tidak mengambil seusuatu yang bukan hak kita kerana akibatnya akan dimasukkan ke dalam neraka walaupun benda yang diambil itu bukan sesuatu yang bernilai. Semoga Allah merahmati kita dan membuang sifat tamak dari hati kita semua.



Quote RatuDunia94 17-8-2015 08:11 AM

Quote AbukRokok 17-8-2015 08:12 AM
koliba replied at 17-8-2015 08:07 AM
Jangan ambil sesuatu bukan hak kita!

letak hadis kat selipar tu gerenti pencuri terduduk termenung seketika

Quote AbukRokok 17-8-2015 08:13 AM
apa yg bestnye ultra FM ni? ada ultraman?
Quote yayangmama 17-8-2015 08:27 AM
nama brend dia menarik....hrp2 x ada lah org nak ambik bila pakai selipar ni
Quote kodoklawa 17-8-2015 08:36 AM
anggap aje laa ko bersedekah rm 2k tu jimmy..mudah2 an dgn jual selipocuridose tu income ko bertambah.
Quote idadzira 17-8-2015 08:38 AM
rare....yang perempuan sibuk berniaga tudung.......yang lelaki berniaga selipar hehehehe
Quote silampumeja 17-8-2015 08:55 AM
agak brilliant ni... mendidik sambil meniaga
Quote chaintea 17-8-2015 09:04 AM
cool name...

catchy gitu
Quote fredza 17-8-2015 09:08 AM
caridose....

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.135053 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top