Filem berlatarkan kekeluargan dari Indonesia berjudul Perjalanan Pertama mempertaruhkan pelakon legenda Malaysia, Datuk Ahmad Tamimi Siregar memegang tonggak utama naskhah berkenaan.
Menurut pengarah muda dari Indonesia, Arief Malinmudo, dia mengagumi jiwa lakonan Ahmad Tamimi yang besar sehingga membuatkan aktor berusia 70 tahun itu terpilih menjayakan watak utama.
"Ketika kami mula membangunkan cerita ini pada 2017, ketika menulis saya sudah membayangkan watak Gaek Tan dilakonkan oleh Pak Ahmad Tamimi kerana sebagai pembuat filem muda, saya melihat Pak Ahmad Tamimi mempunyai bakat berlakon yang besar, boleh digali dan saya tertarik untuk itu.
"Jadi, akhirnya saya mula mengkaji filem-filem drama lakonan Pak Ahmad Tamimi ketika masih muda hingga sekarang. Dari situ, saya terfikir saya harus bertemu dengan Pak Ahmad Tamimi.
"Saya beruntung dapat bekerjasama dengan Pak Ahmad Tamimi yang berusia 70 tahun dengan Muzakki, seorang rising star di Indonesia," katanya kepada Gempak.
Sementara itu, Ahmad Tamimi pula menjelaskan dia tiada alasan untuk menolak karya sebagus Perjalanan Pertama walaupun penggambaran dilakukan di Bukittinggi, Indonesia.
"Ini adalah filem kedua saya bersama pihak produksi. Filem pertama pada tahun 2017. Nak dikatakan dari segi cabaran, mungkin budaya kerja dan suasananya sedikit berbeza.
"Tapi, ia satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Yang lain-lain, alhamdulillah kerana prosess yang dibuat oleh Arif dalam filem ini agak panjang tetapi dua bulan sebelum proses penggambaran, kita lakukan latihan, saya dan Mazakki Ramadhan menjalani proses chemistry antara satu sama lain, berlatih menaiki vespa, sesi baca skrip... saya cukup tertarik dan terkesima," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
ada tgk preview/snip kat cinema aritu masa tgk pengabdian setan 2. menarik wehh cite ni, cinematography sgt halus and cantik, sihat nampak dato ahmad tarmimi wpun dah berumur.