CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Berlapang Dada Dengan Dugaan Dikurniakan Pasangan Hidup Seperti Aliff Syukri

13-8-2022 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6713| Komen: 61

Selepas suaminya mendakwa mengalami sakit mental tetapi ‘kantoi’ apabila pendedahan dilakukan hanya sandiwara semata-mata, isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida berlapang dada dengan dugaan dikurniakan pasangan hidup sebegitu.



IG Shahida

Shahida atau nama sebenarnya, Nur Shahida Mohd Rashid menerusi satu balasan komen dalam Instagram memaklumkan, Allah lebih mengetahui segala-galanya.

“Betul, Allah uji dengan suami. Tidak mengapa, Dia lebih mengetahui. Ujian orang berbeza-beza kan.

“Dunia ini tempat kita berehat,” demikian coret Nur Shahida, 37, menjawab kenyataan ditinggalkan seorang netizen dalam satu hantaran Instagram.



IG Shahida

Terdahulu, Aliff, 35, bertindak mengucapkan selamat tinggal kepada berjuta-juta pengikutnya dalam media sosial.

Sejak beberapa hari lalu, dia kembali mengundang cacian selepas berkongsi sebuah video sedang bergelek dan menari sakan bersama penyanyi dangdut, Baby Shima.

Difahamkan, Aliff berhasrat untuk melancarkan sebuah video muzik single terbaharunya bersama penyanyi itu namun seperti kebiasaan, apa yang dilakukannya mengundang teguran ramai termasuk penceramah bebas, PU Syed dan ibunya sendiri.

Terus menjadi tumpuan apabila lelaki yang popular dengan tagline ‘terlajak laris’ itu berkongsi gambar menunjukkan pil yang kononnya dia ingin mati dengan tenang dan beriman.


Twitter

Sungguhpun begitu, seorang pengguna Twitter mendakwa foto yang dimuat naik Aliff itu merupakan gambar lama miliknya yang pernah dikongsi kepada umum dua tahun lalu.




Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 13-8-2022 04:52 PM
Kalau hidup pon dah biasa menipu...imagine produk yg dia jual bagi org consume....selamat ke?
Quote kitmal 13-8-2022 05:36 PM
dugaan takpa..duit berkepuk..boleh lagi sabar.....marah marah sikit..buat kecewa sikit...tapi kalau suami tu biawak hidup ..pasti lama dah di terajang,...tak gitu
Quote Solokkk 13-8-2022 05:38 PM
Kalau dah sanggup, hadap jer la.
Quote AnnaSendin 13-8-2022 05:38 PM
Kerna sheols enjoys kachingg from cashier, krrrr from atm machine, sap2 from pocket. Tahan ajerlah.
Quote slyfynx 13-8-2022 05:49 PM
Ko pun sama je drama.
MIL ko pun sama.
Malas dah nk heran
Quote Nnoor2 13-8-2022 05:53 PM
Dua2 laki bini ni sama. Malas nk sebut ayat yg lagi teruk..
Quote laksmanabentan 13-8-2022 06:12 PM
Yang penting duit masyukkkk dan duduk di rumah agam mewah kannn…

Sanggup ker tinggalkan semua tu??
Hahahahaa… so hadap jer la yaaaa…

Anak2 mesti bangga punya mak bapak mcm theyoollssskannn…
Quote kiah_mai_pulak 13-8-2022 06:13 PM
kotakominami replied at 13-8-2022 04:52 PM
Kalau hidup pon dah biasa menipu...imagine produk yg dia jual bagi org consume....selamat ke?

selama ni dia mmg menipu pun kann.. yg dia guna arwah wani comel tu, dia g ptoong usus budak tu pastu bila dh berat turun dia promot ubat kurus dia guna si arwah wani comel tu, tp masih ada si bodoh lagi duk beli produk dia. tapahammkuhhh
Quote dudaberhias 13-8-2022 06:14 PM
malas nak bagi clout, views ataupun perhatian pada ponen elektrik ni...
iols hanya tau pasal dia ni hanya melalui forum.. tidak lah i nampak dia di fb, ig etc sebab memang tak tengok fb, ig dah pun sekarang ni... orang pun dah sibuk...

yang nak bagi perhatian tu teruskan... takpun chuols cari kerja lain yang lebih berpekdah agittewww...
Quote DeLuna85 13-8-2022 06:19 PM
Aku kan Tak pernah jumpa orang yang pakai produk dorang laki bini ni.
Quote nakkomenjugak 13-8-2022 06:23 PM
Tu laaa lubuk duit haaaaa
selagi ko tak ditibai ala2 ex wife faisal naza, hidup dah upgrade merasa agam mewah
tahan jeleeeeee yee dokkkkk
Quote samshik 13-8-2022 06:27 PM
Xsudah2 mbodohkan rakyat mesia
Quote haifawehbe 13-8-2022 06:46 PM
dia ni mcm terpaksa perbodohkan diri demi arahan pemberi dana.. sama mcm dato vida..
Quote haifawehbe 13-8-2022 06:47 PM
DeLuna85 replied at 13-8-2022 06:19 PM
Aku kan Tak pernah jumpa orang yang pakai produk dorang laki bini ni.

tapi dorg kaya raya kan? mmg bau ikan sgt..
Quote sukacactus 13-8-2022 07:26 PM
Apa video?
Vedio la!
Quote timah03 13-8-2022 07:45 PM
Dunia tempat berehat??? Belajar kat mana sis...
Quote dua_chzy 13-8-2022 07:48 PM
Kau pun sama mental da. Berlapang dada dengan dugaan konon. Belum rasa anak mati kan. Tu baru betul dugaan.
Quote norawestallen 13-8-2022 07:51 PM
Lol. Curi gambar orang. Low class betul
Quote cicicumel 13-8-2022 08:08 PM
haifawehbe replied at 13-8-2022 06:46 PM
dia ni mcm terpaksa perbodohkan diri demi arahan pemberi dana.. sama mcm dato vida..

Kan.. Ala2 menurut je arahan 'dari atas'  demi kelangsungan hidup mewah.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.144151 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top