Teruja dengan kejayaan kutipan pecah panggung filem berbentuk sejarah, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Maya Karin menzahirkan hasrat untuk menterjemah watak legenda, Mahsuri ke layar perak.
Pemilik nama Maya Karin Roelcke itu berkata, dia sememangnya sudah lama mengidamkan watak ikonik tersebut. “Kalau ada mana-mana produser yang sudi terjemahkan kisah Mahsuri dalam bentuk filem atau mungkin saya kena buat sendiri (ketawa). “Sebenarnya, saya memang dah lama sangat teringin sangat nak buat Mahsuri. Kalau itu jadi kenyataan, memang sangat hebat. Kisah Mahsuri sangat menarik untuk difilemkan.
“So many layers (banyak lapisan cerita), betul tak betul termasuklah dongeng dan elemen sejarahnya. Kalau dapat difilemkan pada zaman sekarang, memang sangat-sangat mengujakan,” katanya kepada Kosmo! Online. Pernah berlakon di bawah arahan sutradara hebat, Syamsul Yusof yang mempunyai sentuhan magis selepas filem arahan sutradara itu kini sudah berjaya mencecah kutipan RM96 juta, Maya, 43, tidak teragak-agak memetik nama lelaki itu untuk menterjemahkan hasratnya melihat Mahsur difilemkan. “Saya minta Syamsul buatlah. Dengan duit (untung) Mat Kilau, kita buat Mahsuri pula (tertawa),” ujarnya berseloroh. Untuk rekod, kisah legenda Mahsuri pernah beberapa kali difilemkan. Yang pertama adalah pada tahun 1959 dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna ditulis oleh Perdana Menteri pertama Malaysia, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pada 1989, sebuah lagi filem berjudul Sumpahan Mahsuri diarahkan oleh Allahryaham Jamil Sulong telah diterbitkan yang menyaksikan Norlida Ahmad memainkan peranan sebagai Mahsuri dan Yusof Wahab sebagai Kelana. Sumber: KOSMO! ONLINE |
jas7512 replied at 13-8-2022 04:06 PM
Mahsuri ni hanya utk dia je...bkn pejuangkan hak wanita ke bamgsa ke apa...i xde rasa kagum kat mahs ...
dudaberhias replied at 13-8-2022 04:09 PM
iols approve yach kaka Maya jadi mahsuri... sheols ada complete package... lakonan dia pun bagus, ka ...
anony-mous replied at 13-8-2022 04:26 PM
Sheols dah kerepot dah kaka utk jd mahsuri. Jd mak mahsuri sesuai la. I xtgk ombak rindu sbb geli ...
cm_vungtau replied at 13-8-2022 08:09 AM
Macam agak tua untuk jadi Mahsuri. Mahsuri patutnya muda rasanya
Madel replied at 13-8-2022 04:21 PM
Ah!..tak payah
Nko tu bercakap dah la pelat.
Mahsuri tu berwajah desa nan permai, nko tu ber ...
ADVERTISEMENT