CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dakwa Ditanam Pengunjung Festival Sebagai Korban Kepada Ibu Bumi

12-8-2022 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1814| Komen: 7

Seorang lelaki menceritakan detik dia memecahkan keranda selepas ditanam hidup-hidup oleh pengunjung sebuah festival di Bolivia ‘sebagai korban kepada Ibu Bumi’, lapor portal berita MailOnline semalam.


Ketika kejadian pada 5 Ogos lalu mangsa iaitu Victor Hugo Mica Alvarez tidak sedarkan diri kerana mabuk.


Foto: Jam Press

Alvarez, 30, kemudian mendapati dirinya berada di dalam sebuah keranda di bandar Achacachi, 80.5 kilometer (km) dari lokasi festival tempatan tersebut.

Festival Ibu Bumi menyaksikan orang ramai mengucapkan terima kasih kepada Pachamama yang merupakan dewi bumi dan kesuburan  mengikut kepercayaan penduduk Bolivia. Mereka menawarkan korban, juga dikenali sebagai ‘sallu’ kepada Bumi.


Orang asli Bolivia percaya dewi itu ‘membuka mulutnya’ untuk menelan korban pada bulan Ogos dengan orang ramai memberikan apa sahaja termasuk haiwan hidup, daun koko dan gula-gula.


Foto: Reuters & AP

Ada yang mengatakan bahawa upacara pengorbanan dan persembahan manusia yang dilakukan sejak zaman purba masih dilakukan secara rahsia.

Alvarez percaya bahawa peserta festival lain telah menguburkannya hidup-hidup sebagai korban.

“Kami menari dan minum pada festival berkenaan dan selepas itu saya tidak ingat apa yang berlaku.

“Satu-satunya perkara yang saya ingat ialah saya fikir saya masih berada di atas katil. Saya mahu bangun untuk membuang air kecil tetapi tidak dapat bergerak. 

“Apabila saya menolak keranda itu, saya dapat memecahkan kacanya dan dapat keluar,” kata Alvarez kepada saluran berita tempatan, Pagina Siete.

Apabila Alvarez melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka enggan mempercayainya dan menduduh bahawa dia terlalu mabuk.

Persembahan kepada Pachamama berterusan sepanjang tahun dengan ramai orang asli mengambil bahagian dalam tarian dan upacara ritual. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 12-8-2022 11:10 PM
Dah ada peluang idup, next time jangan mabok.
Quote mawarika 13-8-2022 12:36 AM
Mcm movie. Seramnya. Ntah2 mmg wujud kesah mcm ni.
Quote margo20 13-8-2022 03:25 AM
Hmm taktau la nk purcaya ke idok
Quote Carcosa 13-8-2022 05:03 AM
Kesian la plk. Mesti panic gila. Kalau meols, lps tu terus tak minum dah, n watch my back. Takut org asli tu dendam plk
Quote imransulaiman 13-8-2022 08:01 AM
Mati itu pasti. Nasib kita nanti tak tahu lagi macam mana tatkala kita dalam kubur dan....

Quote Aliaskotonggo 13-8-2022 08:56 AM
kot ye pun nak bagi korban, ambik la yang tak mabuk. Ubi Bumi pun menyampah, muntah balik
Quote tipah89 15-8-2022 10:43 AM
Aliaskotonggo replied at 13-8-2022 08:56 AM
kot ye pun nak bagi korban, ambik la yang tak mabuk. Ubi Bumi pun menyampah, muntah balik

hahah xbleh blah la komen ko.. tapi logik jugak ye dok..org dulu nk korban bagi yg suci2 baik ni ia bagi org mabuk terus kena rejecttt

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.042248 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top