Wanita ditemui sedang memeluk kitab dipercayai terjemahan al-Quran selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah pangsapuri di Sungai Ara, di George Town hari ini.
Difahamkan, mangsa berusia 33 tahun itu ditemui terbaring dan cedera oleh orang awam di bahagian parkir bertingkat pangsapuri berkenaan yang cedera dalam kejadian itu dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Mohd Awis Kharni Abd Rahman yang mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.05 tengah hari berkata, mangsa terbaring di lantai dan mengalami kecederaan ketika anggota tiba di lokasi.
"Anggota bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi rawatan awal, sebelum mangsa dibawa ke HPP bagi tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Harian Metro. - CARI
|
Mini.Me: Kalau tengok gambar lain sheols landing at lvl4 terjatuh atas bumbuh awning ke ape tah dulu...yg mcm zink tu...then baru lantai konkrit...that's why k ...
ADVERTISEMENT